Seorang profesor di Argentina yang telah menghidapi simptom COVID-19 dilaporkan rebah ketika sedang mengajar secara dalam talian di rumahnya.

Paola De Simone yang mengajar di Universidad Argentina de la Empresa, Bueno Aries tersebut ada mengadu bahawa dia menghadapi kesukaran untuk bernafas pada pelajarnya sebelum ini.

Dia kemudian difahamkan telah memberikan alamat kediamannya pada para pelajar di dalam talian agar bantuan dapat disampaikan kepadanya sebelum rebah.

MSN

Mayat Paola ditemui oleh suaminya, yang merupakan seorang doktor sejurus sahaja dia pulang ke rumah.

Paola sebelum ini pernah berkongsi keadaan kesihatannya. “Ia sangat rumit. Saya telah mengalami simptom ini selama empat minggu dan ianya tidak mahu pergi”.

“Suami saya juga letih berkerja pada saat ini”, tulis Paola di laman Twitter sebelum ini.

Menurut salah seorang pelajarnya, Ana Breccia, Paola ada mendedahkan bahawa dirinya telah dijangkiti dengan virus pneumonia berkenaan.

“Kami melihat keadaannya makin teruk berbanding dengan keadaannya semasa kelas dalam talian yang lepas”, jelas Ana.

Paola ketika masih sihat

@naweljimenez/Twitter

Tambahnya, ada satu ketika di mana Paola tidak dapat menyambung pengajarannya – Paola berhenti bercakap dan kelihatan seperti tidak seimbang.

Seorang lagi pelajar turut berkongsi bahawa Paola merupakan pendidik yang tidak dapat dilupakan – sanggup membantu segalanya dan menjadikan pelajar menyukai apa yang dipelajari.

“Dia akan bersungguh dalam mengajar kami semua. Sudah tentu kami akan merinduinya”, luah seorang lagi pelajarnya.

MSN

Dalam satu kenyataan, pihak universiti turut mengatakan bahawa kehilangan Paola adalah satu tamparan hebat buat institusi tersebut.

“Paola merupakan pendidik yang bersemangat dan berdedikasi dan juga merupakan insan yang hebat – dengan pengalaman mengajar lebih 15 tahun”.

Menurut Johns Hopkins University, lebih daripada 450,000 kes COVID-19 dicatatkan di Argentina dengan lebih 9,000 kematian.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular