Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin pada 7 September memohon maaf atas tindakan isterinya yang memuat naik foto sebuah lori tangki air yang menghantar bekalan air ke kediaman mereka.

Menurut beliau, tindakan isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad adalah untuk menzahirkan penghargaan buat syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang menghantar bantuan air.

Facebook | Wak Sempoi

“Isteri saya sudah memohon maaf dan apa yang dilakukan beliau adalah untuk menyampaikan rasa gembiranya terhadap bantuan air daripada Air Selangor, selepas seharian menunggu bantuan tiba”.

Walau bagaimanapun, tambah beliau isu ini menjadi modal buat sesetengah pihak untuk menyerangnya. “Tapi tak apalah, saya dan isteri mohon maaf”, katanya selepas program Dialog Belanjawan negeri Selangor 2021.

Menerusi akaun media sosial miliknya, Masdiana pada 5 September lalu telah memuat naik foto sebuah lori tangki Air Selangor yang menghantar bantuan ke kediamannya.

Foto berkenaan walau bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada segelintir netizen yang beranggapan bahawa keluarga Menteri Besar tersebut mendapat layanan istimewa.

Susulan dengan itu, Amirudin berharap agar mana-mana piihak tidak lagi memanjangkan isu ini dan meminta orang ramai agar fokus semula terhadap isu pencemaran air yang sedang berlaku.

Setakat 7 September, bekalan air telah pulih sebanyak 75% di keseluruhan kawasan yang terlibat, dengan wilayah Hulu Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya.

Manakala daerah Petaling pula difahamkan telah pulih sebanyak 92% dan dijangka bekalan air di seluruh negeri akan pulih sepenuhnya pada 9 September.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular