Warna labi-labi biasanya cenderung kepada hijau gelap tetapi spesies labi-labi ini sangat unik kerana berwarna kuning emas dan telah muncul buat pertama kali di Balasore, Odisha di timur India.

Labi-labi kuning emas tersebut telah diselamatkan oleh penduduk tempatan pada bulan Julai yang lalu dan diserahkan kepada pihak Indian Forest Service (IFS). Seluruh badan labi-labi itu berwarna kuning cerah keemasan, termasuk cengkerangnya dan pakar mengatakan labi-labi berkulit lembut itu menderita albinisme.

Labi-labi kecil berwarna unik ini ditemui oleh seorang petani dan kemudian diserahkan kepada pegawai jabatan hutan IFS yang bertanggungjawab melindungi alam sekitar dan hidupan liar di India.

@susantananda3/Twitter

Susanta Nanda, seorang pegawai IFS berkongsi video pendek labi-labi tersebut di Twitter. Rakaman yang menunjukkan labi-labi kuning emas itu diletakkan di dalam bekas berisi air dengan warna kuningnya sangat menyilaukan tetapi dia sangat cantik.

Nanda dalam tweet itu berkata labi-labi ini kemungkinan menderita albinisme dan kes seperti ini pernah muncul beberapa tahun yang lalu di Sindh.

Nanda kemudian berkongsi gambar labi-labi ini dengan menjelaskan berdasarkan mata merah jambu spesies ‘penyu flapshell’ tersebut, itu adalah tanda albinisme.

Sementara itu, pengurus hidupan liar Bhanoomitra Acharya memberitahu, penemuan labi-labi berwarna kuning emas ini sangat jarang berlaku.

@susantananda3/Twitter

“Seluruh cengkerang dan badan labi-labi yang diselamatkan ini berwarna kuning. Ini adalah penemuan labi-labi yang sangat jarang berlaku. Saya tidak pernah melihat labi-labi seperti ini,” katanya.

Albinisme adalah gejala yang disebabkan oleh kekurangan melanin, dan haiwan yang menderita albinisme digelar albino.

Haiwan albino kelihatan sangat unik dan menarik, tetapi tanpa adanya perlindungan warna kulit yang normal, ia mudah diserang oleh pemangsa atau pemburu haram, sehingga keadaan itu akan menyukarkan kelangsungan hidup haiwan ini untuk bertahan di alam liar.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular