Haiwan liar lazimnya takut akan kelibat manusia. Mereka enggan didekati dan lebih suka menjalani kehidupan sendiri tanpa campur tangan manusia.

Tetapi bukan semuanya begitu. Ada juga di antara mereka yang tertarik dengan makanan manusia dan akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Foto hiasan/Pixabay

Seperti seekor tupai comel ini yang dilihat sedang menikmati ‘hidangan besar’ iaitu sepotong piza!

Makan piza sambil duduk di atas pagar besi di tepi tangga, nampak gayanya tupai tersebut sangat menikmati hidangan istimewa itu dan seperti tidak mahu diganggu.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Brooklyn, New York di mana tupai itu duduk di hadapan sebuah rumah di sana.

Sit like a boss….

Sheyne Lee Benoit/Facebook

Tidak lama selepas itu, tupai berkenaan dilihat bergerak memanjat ke bahagian atas bangunan rumah itu dengan mulut dipenuhi piza.

Mungkin tupai tersebut tidak begitu selesa dirinya dirakam manusia atau mungkin berasa malu kerana telah mencuri piza?

Mana mahu lari tu??

Sheyne Lee Benoit/Facebook

Ataupun mungkin tupai itu bimbang pizanya dirampas oleh individu yang sedang merakam aksinya, tiada siapa yang tahu.

Tidak dapat dipastikan bagaimana tupai itu mendapatkan piza namun demi kepentingan ekologi dan alam sekitar, pemberian makanan kepada haiwan liar perlu dihentikan.

Jom lihat video penuh aksi tupai berkenaan :

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular