Ekoran memandu melawan arus lalu melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Klang Lama, pemandu kereta SUV jenis Volvo telah ditahan polis pada 5 September lalu.

Menurut ACP Zulkefly Yahya selaku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), suspek berusia 35 tahun berkenaan telah ditahan setelah hadir di Balai Polis Jalan Bandar.

Bernama

Video kejadian yang tular itu menunjukkan kereta SUV berkenaan terus melanggar dan cuba bergerak ke hadapan, membuatkan kereta Perodua Myvi itu tertolak ke belakang.

Susulan insiden itu, mangsa yang memandu Myvi menjerit sebelum beberapa penunggang motosikal membantu dan menghalang tindakan pemandu Volvo terbabit.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan telah menghubungi kedua-dua pemandu yang terlibat agar tampil di balai polis untuk membuat laporan.

“Kedua-dua individu berkenaan telah hadir di Balai Polis Jalan Bandar”, jelas beliau.

Tambahnya, hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu Volvo mendapati suspek positif dadah dan kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya atas penyalahgunaan dadah.

Kejadian dirakam petang semalam(4/9/2020) l/kurang jam 1830hrs di Jalan Klang Lama menghala KL. Sebuah SUV Volvo pandu lawan arus dan melanggar sebuah kereta Perodua Myvi.

Kejadian dirakam petang semalam(4/9/2020) l/kurang jam 1830hrs di Jalan Klang Lama menghala KL. Sebuah SUV Volvo pandu lawan arus dan melanggar sebuah kereta Perodua Myvi. Info dari orang awam bau alkohol yg cukup kuat pada pemandu SUV. Pemandu tersebut ditahan oleh orang awam dan diserahkan kepada PDRM..
#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Friday, 4 September 2020

 

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Selain itu, kes turut akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana suspek memandu secara merbahaya.

Permohonan perintah reman walau bagaimanapun dilakukan pada 6 September untuk siasatan lanjut serta ia akan dirujuk segera kepada pihak pendakwa raya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular