Guru yang berdedikasi dalam mendidik murid-muridnya sudah pasti bakal melahirkan anak bangsa dan generasi yang mampu menjadi tunggak pimpinan negara.

Dan itu bukanlah satu tugasan yang mudah digalas ya! Baiklah, kali ini kami akan kongsikan satu video yang mungkin memberi inspirasi buat guru-guru di luar sana.

Menggunakan cara yang kreatif, seorang guru muda yang menggunakan nama akaun @ieralee ada berkongsi satu video pendek di Twitter.

Agak menarik kelas kendalian guru tersebut apabila setiap muridnya diberikan set perkataan di dalam Bahasa Inggeris.

Seperti bermain permainan menguji minda iaitu ‘Word Search’, guru itu menggunakan cara itu semasa sesi mengajar.

“Nombor lima ialah ‘write’. Nombor enam ialah ‘climb’. Very good.. God job”, katanya dalam video tersebut.

@ieralee/Twitter

Video berkenaan ternyata mendapat perhatian warga Twitter sehinggakan ia ditonton lebih 80,000 kali.

Easy peasy”, kata guru terbabit lalu disambut dengan “lemon squeezy” oleh anak muridnya dengan penuh ceria.

Bukan sahaja mendidik, tindakan guru terbabit yang turut memberikan kata dorongan buat murid-muridnya adalah sesuatu yang memberangsangkan.

Berikut sedikit komen daripada netizen :

@ieralee/Twitter

Diharapkan agar lebih banyak guru di luar sana yang mendapat inspirasi menerusi kaedah pengajaran Iera agar proses pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih kreatif dan kondusif.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular