Selain barang kemas antara perhiasan lain yang disukai golongan wanita ialah kristal. Namun begitu, kristal bukan sahaja boleh dijadikan perhiasan diri, malah boleh juga dijadikan barang perhiasan di rumah. Ada yang sanggup berbelanja ratusan mungkin ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan kristal pelbagai warna dan bentuk untuk kediaman mereka.

YouTube

Namun, pernahkah anda terfikir untuk melombong kristal sendiri? Ya, kedengaran mungkin agak mustahil atau menyusahkan tetapi hakikatnya melombong kristal boleh jadi sesuatu yang mudah dan menyeronokkan.

YouTube

Seperti seorang YouTuber PaleoCris ini, dia dan kawannya nampaknya telah merasai sendiri penglaman mencari kristal semula jadi dari sebuah lombong. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa orang awam boleh mencari dan menggali kristal mereka sendiri di Jackson’s Crossroads Mine di Georgia.

YouTube

Dengan bayaran 50 USD (sekitar RM207) orang awam boleh masuk ke lombong itu untuk mendapatkan kristal mereka sendiri. Apa yang perlu dilakukan hanyalah pendaftaran dan pastikan pakaian yang sesuai dipakai.

YouTube

Hasilnya, lihat sahaja apa yang diperolehi oleh dua orang pemuda ini. Ia adalah sesuatu yang sangat menakjubkan! Bayangkan anda dapat memegang sendiri kristal besar dan cantik seperti ini…

YouTube

Buat penggemar kristal anda pastinya akan berasa lebih puas hati. Anda bukan sahaja mendapatkan kristal terbaik malah anda menggunakan tenaga anda sendiri untuk menggali kristal tersebut daripada dalam tanah. Pasti kepuasan yang diperolehi adalah luar biasa

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular