Sejak lebih 100 tahun selepas kereta pertama di dunia diperkenalkan, masalah titik buta yang menghalang penglihatan pemandu ketika memandu masih tidak dapat diselesaikan.

Seorang remaja berusia 15 tahun dari Amerika Syarikat berjaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pemandu ini dengan hasil reka cipta sistem prototaip penyelesaian titik buta pilar- A kenderaan menggunakan mesin pencetak 3D.

Gadis pintar berusia 15 tahun, Alaina Gassler dianugerahkan Hadiah Pertama Broadcom MASTERS dalam kategori Matematik, Sains Gunaan, Teknologi dan Kejuruteraan bagi Bintang Muda peringkat kebangsaan, dan menerima Hadiah Yayasan Samueli bernilai USD25,000 (RM103,675) untuk rekaannya yang mampu menyelamatkan banyak nyawa.

YouTube

Alaina Gassler yang berasal dari West Grove, Pennsylvania, Amerika Syarikat tampil mencipta sistem berkenaan dengan hanya menggunakan kamera web, projektor dan beberapa komponen yang direka menggunakan mesin pencetak tiga dimensi (3D).

Caranya, kamera web yang dipasangkan pada luar pilar-A sebelah penumpang bahagian hadapan akan memancarkan paparan video secara langsung pada dinding tiang bahagian dalam kabin kenderaan.Video itu pula dipancarkan menerusi alat projektor yang dilekat pada siling kenderaan, iaitu di atas kerusi pemandu.

YouTube

Antara cabaran yang terpaksa dihadapi Alaina dalam menjayakan projek ini ialah mencetak komponen khas untuk membantunya mendapatkan fokus paparan video jarak dekat dari projektor.

Sebaik saja sudah berjaya mendapatkan fokus, remaja ini berdepan pula dengan masalah untuk melihat paparan video pada dinding pilar-A. Penyelesaian pintar yang dilakukannya ialah tiang tersebut dibalut menggunakan sejenis fabrik reflektor yang biasanya dijahit pada baju hujan sebagai material pemantul cahaya.

YouTube

Fungsi material fabrik ini cuma untuk memantulkan semula cahaya kepada sumber asal pancaran iaitu projektor. Oleh kerana pemandu duduk berdekatan alat pemancar, maka dia akan dapat melihat paparan video tersebut dengan jelas. Manakala, penumpang pula hanya dapat melihat kain fabrik hitam.

Alaina menamakan projek berkenaan sebagai ‘Menambah Baik Keselamatan Automobil dengan Menghilangkan Titik Buta’ (Improving Automobile Safety by Removing Blind Spots).

Penemuannya ini telah berjaya meraih anugerah Hadiah Pertama ‘Broadcom Master Technological Innovation Tomorrow Star Competition’ bersama kemenangan hadiah wang tunai bernilai RM103,675. 

YouTube

Dijangkakan apabila teknologi ini dibangunkan dan menjadi lebih popular pada masa akan datang, ia akan dapat digunakan secara rasmi untuk semua jenis kenderaan mengikut kesesuaian.

Sekiranya kaedah yang hebat ini dapat menyelesaikan masalah dalam industri automobil yang telah dialami selama 100 tahun lebih, maka ia pasti akan memberi manfaat penjagaan keselamatan ke atas semua pemandu di jalan raya.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular