Kata orang malang tidak berbau, apa sahaja boleh berlaku tanpa kita ketahui. Kadang-kala kita sudah melakukan yang terbaik, mengambil semua langkah berjaga-jaga namun ada sahaja yang perkara yang tidak baik menimpa.

Pengalaman seperti itu pastinya sesuatu yang sangat pahit untuk diingati dan kadangkala boleh mendatangkan trauma kepada seseorang.

Seorang pengguna Twitter, @atikahhzaini baru-baru ini telah berkongsi pengalaman ngerinya ketika berhadapan dengan dua orang peragut yang cuba mengambil beg tangan yang diletakkan di tempat duduk hadapan. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Ampang Point, Kuala Lumpur.

@atikahhzaini/Twitter

Menurut Atikah kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang. Dia memberitahu bahawa dua orang peragut tersebut telah memerhatikannya sebelum dia sampai ke lampu isyarat di Ampang Point.

Pada mulanya dia berfikir bahawa lelaki tersebut hanya ingin lalu jadi dia memandu sedikit ke tepi untuk memberi laluan.

Apabila lampu hijau dia terus pusing masuk ke kanan dan ke kiri untuk singgah di kedai dan ketika itu tiba-tiba tingkap keretanya dihentak berkali-kali. Di situlah berlakunya ‘pergelutan’ mereka.

@atikahhzaini/Twitter

Menurut Atikah lagi polis juga memberitahu bahawa pada hari itu sahaja sudah ada tiga kes ragut yang berlaku dan kesnya ialah kes keempat. Dia menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati selepas ini.

@atikahhzaini/Twitter

Atikah juga turut memuat naik naik gambar tangannya yang cedera serta tingkap keretanya yang pecah berderai.

Ramai netizen yang membaca cerita itu turut simpati akan apa yang berlaku. Ramai juga yang turut memberi nasihat supaya kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

@atikahhzaini/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular