Seronoknya kalau balik sahaja ada yang menyambut kita dengan senyuman di rumah. Buat mereka yang punya haiwan peliharaan di rumah pastinya sering merasakan hal itu.

Terasa semua penat letih seharian di tempat kerja hilang begitu sahaja.

Meow/Facebook

Antara bukti yang boleh anda lihat seperti yang ada di dalam video ini. Kelihatan seekor kucing comel sering mengangkat kedua-dua tangannya setiap kali melihat tuannya datang kepadanya.

Jelas sekali dia mahu didukung dan sering selalu berada dekat dengan tuannya.

Meow/Facebook

Sekali lihat kelihatannya seperti anak kecil yang sangat manja. Dia nampaknya tidak mahu langsung dibiarkan bersendirian. Nampak sahaja orang datang, terus dia mengangkat tangan minta diambil.

Meow/Facebook

Sudahlah comel, manja pula. Pasti ramai yang geram melihat telatah lucunya itu!

Lihat gelagat manja si comel ini:

Cat said “up, up, uppityy!” 🥰🥰

Cat said “up, up, uppityy!” 🥰🥰

Posted by Meow on Sunday, 30 August 2020

 

Meow/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular