Waktu sekarang ini agak sukar juga untuk mencari kerja namun ia tidak menjadi masalah buat seekor kucing comel bernama Elwood. Malah Elwood langsung tidak memilih kerja.

Elwood difahamkan berkerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Epworth yang terletak di Richmond, Australia. Hebat bukan?

Kucing berkenaan ditugaskan untuk memastikan ketenteramaan dan keselamatan di kawasan hospital. Besar juga tanggungjawabnya.

Menurut seorang pakar patologi di hospital itu, Chantel Trollip, Elwood kerap dilihat datang melepak di pintu masuk utama hospital berkenaan untuk tempoh lebih kurang setahun.

Elwood akan menghabiskan masa siangnya dengan ‘menjaga’ di kawasan hadapan dan juga memeriksa mana-mana individu atau haiwan yang memerlukan perhatian.

The Dodo

Pada suatu hari Elwood datang ke sana, Trollip perasan akan kolar yang lengkap dengan tag di lehernya. Rupa-rupa Elwood telah diambil ‘bekerja’ di dalam pasukan keselamatan Epworth.

“Saya perasan ID dan lencana itu pada Jun lalu. Ketika itu hari saya agak menyedihkan tetapi dengan melihat ID dan lencana Elwood membuatkan hari saya kembali ceria”, kata Trollip.

Tambahnya, pertama kali Elwood dilihat, tiada sebarang kolar pada kucing tersebut dan dia menyangka bahaw Elwood adalah kucing jalanan.

The Dodo

“Kemudian seseorang telah meletakkan kolar dan tag padanya dengan ID sendiri, di mana ianya sama dengan lencana kakitangan yang lain berserta dengan kod nombor”.

Jelas Trollip, Elwood agak baik dan mesra tetapi tidak begitu manja, selain suka dibelai untuk waktu yang singkat sahaja dan Elwood juga suka bergerak.

The Dodo

“Memandangkan Elwood diletakkan di bawah pasukan keselamatan maka kucing comel itu harus memastikan semua orang yang datang dan pergi diperiksa”, katanya lagi.

Ternyata minat Elwood untuk menjaga ketenteraman awam di hospital menjadikannya pengawal keselamatan. Syabas Elwood, selamat maju jaya!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular