Sudah tentu ramai kalangan anda memiliki haiwan peliharaan di rumah, sama ada anjing atau kucing. Namun, kucing tetap menjadi pilihan ramai ketika membuat keputusan membesarkan haiwan peliharaan. 

Makanya, ramailah kanak-kanak dibesarkan bersama haiwan peliharaan ibu bapa dan akhirnya sudah terbiasa mempunyai teman peliharaan yang disayangi di rumah.

Twitter

Seorang ibu berkata keluarganya mula memelihara seekor kucing sebagai sebahagian proses memupuk sikap penyayang dalam diri anak lelakinya sejak kecil, namun tanpa disangka telah menjalinkan hubungan antara kucing dan tuan kecil yang begitu erat. 

Sehinggakan pada setiap kali sebelum anak lelakinya pergi ke sekolah, dia melihat anaknya memeluk erat kucing itu di rumah dan enggan melepaskannya pergi.

Apa yang lebih melucukan kucing itu juga sangat bekerjasama enggan melepaskan pelukan hangat itu dan dia juga tidak mahu berganjak pergi dengan terus patuh berbaring syahdu di bahu tuan kecil, persis adegan dalam drama.

Twitter

Biasanya bukankah kucing sangat sukakan ruang untuk dia bersendirian dan tidak suka dibelai? Terdapat banyak kucing yang berasa tidak selesa ketika dipeluk erat, tetapi kucing ini kelihatan sangat lembut dan manja, sudah cukup untuk melihat perasaan kasih sayang mendalam antaranya dengan tuan kecil.

Melihatkan kedua-duanya saling berpelukan secara berlebihan, si ibu mahu marah tetapi tidak sampai hati kerana ia satu pemandangan yang melucukan. Sambil menggeleng kepala, dia meminta anaknya cepat sahajalah pergi ke sekolah. 

Ia seperti memisahkan pasangan kekasih dalam drama pula. Kucing dan tuan kecilnya wajib berpelukan selama kira-kira 3 hingga 5 minit sebelum mereka melepaskan dakapan erat satu sama lain, mengucap selamat tinggal untuk ke sekolah.

Twitter

Tuan kecil mesti memeluk dan mengucapkan selamat tinggal kepada kucing kesayangannya secara begini setiap hari ketika hendak pergi ke sekolah. 

Hubungan erat antara kucing dan pemilik kecil ini tersangatlah baik sehingga membuat ramai juga orang berasa iri hati kerana kucing mereka tidaklah terlebih perasaan hendak berdrama macam itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular