Pilu hidup seekor kucing betina bernama Marcy ini apabila tuannya bertindak meninggalkannya sendiri ketika mereka sekeluarga berpindah rumah.

Ini membuatkan Marcy terpaksa menjaga dirinya sendiri dan hanya menumpang teduh di dalam sebuah kotak di kawasan kejiranan rumah tersebut.

The Dodo

Kucing malang itu difahamkan tinggal di dalam kotak untuk tempoh beberapa bulan sebelum nasibnya berubah.

Seseorang yang menjumpainya berasa simpati lalu bertindak untuk menyelamatkannya.

The Dodo

Rebecca McGin pada ketika itu melawat abangnya di sana dan Rebecca kemudian diberitahu mengenai keadaan kucing yang tinggal di halaman rumah berkenaan.

Setelah itu, Rebecca keluar untuk melihat Marcy dan pada ketika itulah, Rebecca ‘jatuh cinta’ melihat kucing tersebut dan mahu membelanya.

“Saya memutuskan untuk membelanya kerana simpati melihat kehidupannya di dalam kotak yang usang. Sebaik sahaja lihat saya, Marcy datang dan mahu dibelai. Manja sekali”, kata Rebecca.

The Dodo

Keadaan kesihatan Marcy tidak begitu baik dan setelah diperiksa, Marcy mempunyai masalah pengelihatan, cacing, pneumonia, penyakit kulit dan jangkitan pada paru-paru.

Oleh kerana Marcy memerlukan tempoh pemulihan yang panjang maka sudah tentulah Rebecca begitu teruja untuk membawanya ke rumah.

The Dodo

“Marcy dapat biasakan diri dengan begitu cepat”, jelas Rebecca. Maka dapatlah Marcy menumpang kasih di rumah yang penuh dengan kasih sayang berkenaan.

Perkara yang paling disukainya adalah bersama Rebecca dan pasangannya. Marcy akan berpelukan dengan mereka. “Marcy sangat obsess dengan orang dan juga selimut”.

The Dodo

Ini kerana Marcy suka apabila tubuhnya ditutupi dengan selimut. Mungkin ianya memberi keselesaan buat kucing putih itu.

Dengan bantuan Rebecca maka dapatlah Marcy menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan selesa buatnya. Sudah pasti Marcy lebih gembira sekarang.

Terima kasih, Rebecca!

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular