Masyarakat Malaysia umumnya mengetahui bahawa kita perlu berdiri sebagai tanda menghormati tatkala lagu Negaraku berkumandang.

Sejauh mana agaknya rakyat Malaysia mempraktikannya? Pasti anda teruja ingin tahu bukan? Baiklah, saksikan video di bawah ini :

Video ini sebenarnya dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @YbSadik, di mana jelas ia menunjukkan reaksi rakyat Malaysia secara rawak terhadap Negaraku yang tiba-tiba berkumandang.

Ianya berlaku di restoran yang tidak dapat dikenalpastikan dan kita dapat lihat ramai individu pada ketika itu sedang makan dan ada juga yang baru sahaja mahu memesan makanan.

@YbSadik/Twitter

Tanpa mempedulikan semua itu, mereka kemudian dilihat serta merta bangun walaupun jelas kelihatan reaksi wajah yang kehairanan.

Ada yang sambil mendukung bayi pun ada! Mereka ini sememangnya terbaik dan menghormati lagu kebangsaan. Video ini telah ditonton lebih 380,000 kali dan menerima pelbagai reaksi, antaranya :

@YbSadik/Twitter

Sebagai bangsa Malaysia yang setia, kita seharusnya berhenti melakukan aktiviti dan segera berdiri bagi menghormati lagi kebangsaan.

Ia sebagai satu simbol penghormatan tertinggi buat para pejuang tanah air yang sanggup mempertahankan kedaulatannya sebelum ini. Sayangi Malaysia kita!

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular