Kucing adalah haiwan yang unik dan penuh dengan misteri. Kita sering mengalami masalah untuk memahami mereka malah mereka kadang kala pun tidak begitu hairan dengan kita.

Sungguhpun begitu, kucing semestinya mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan kali ini kami akan kongsikan keunikan seekor kucing bernama Barbara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barbara (@grumpybarbara) on

Miliki wajah yang ‘grumpy’ dan kelihatan agak garang, Barbara sebenarnya merupakan seekor kucing yang manja dan mudah mesra. Cuma wajahnya sahaja begitu.

Kucing berwajah garang itu juga telah berjaya meraih lebih daripada 57,000 pengikut menerusi akaun peribadinya di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barbara (@grumpybarbara) on

Barbara sebelum ini diselamatkan oleh ibunya, Sarah yang sememangnya gemar menyelamatkan haiwan yang memerlukan. Untungnya Barbara!

“Perwatakan Barbara berubah-ubah antara menjadi sangat kecewa dalam semua yang saya lakukan hinggalah menjadi pemuja bola”, jelas Sarah mengenai Barbara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barbara (@grumpybarbara) on

“Dia sangat suka dimanja dan dibelai sepanjang hari. Tetapi jika ada orang lain yang memasuki rumah, Barbara berkelakuan seperti mengancam mahu membunuh orang itu”.

Namun Barbara bukanlah semesra ini sewaktu mereka berdua bertemu dahulu. Pada mulanya, Sarah sering kali diserang secara agresif oleh Barbara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barbara (@grumpybarbara) on

Syukurlah bahawa sifat agresif itu tidak berpanjangan apabila Barbara mula menyayangi ibu angkatnya itu dan kini tidak boleh tidur pula tanpa ibu disisi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barbara (@grumpybarbara) on

Menurut Sarah, Barbara akan tertidur di lengannya dan akan mengikuti sahaja gerak geri Sarah apabila dia bertukar posisi ketika tidur.

Untuk kebanyakan masa, Barbara dilihat gemar memanjat tubuh Sarah untuk berbaring di atasnya. Lihatlah keletah si Barbara :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barbara (@grumpybarbara) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barbara (@grumpybarbara) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barbara (@grumpybarbara) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barbara (@grumpybarbara) on

Ternyata keunikan Barbara berjaya menyinari hari para pengikutnya di laman Instagram. Walaupun bermuka garang, namun Barbara tetap comel!

Jom kita tonton video penuh kisah si comel Barbara :

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular