Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, untuk mendidik anak kecil menjadi insan berguna haruslah dilakukan sejak mereka kecil lagi supaya mereka akan terbiasa mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar sejak kecil. Oleh itu, sebelum mengajar si kecil, ibu bapa terlebih dahulu menunjukkan sikap terpuji supaya ia menjadi contoh terbaik buat anak-anak.

Si kecil dalam video ini membuktikan bahawa pendidikan pada awal usia adalah sangat penting. Melihat sikapnya yang sangat sopan pasti akan buat ramai yang kagum.

  

Si kecil dari Jepun ini nampaknya sangat menghormati orang lain. Ketika van yang ditunggu untuk menghantarnya ke sekolah telah tiba dia terus menunduk dan mengucapkan selamat pagi kepada pemandu van tersebut walaupun pemandu tersebut mungkin tidak dengar akannya.

Apabila pintu van terbuka sekali lagi dia menunduk dan terus mengucapkan selamat pagi kepada gurunya sebelum naik ke dalam van. Jelas sekali dia yang terlebih dahulu mengucapkan selamat pagi sebelum orang lain mengucapkan kepadanya.

Dia kemudian naik ke dalam van dan terus membersihkan tangan sebelum mengambil tempat duduk dengan sopan. Melihat anak kecil itu yang sangat bersopan santun pastinya membuatkan ramai yang kagum bukan hanya kepada si kecil itu tetapi juga kepada ibu bapa dan guru-guru yang mendidiknya.

Tonton video di sini

Maybe you're interested :

Share

Video Popular