Malang tidak berbau, ketika seorang penunggang motosikal wanita dirempuh sebuah kereta lalu dia terjerumus ke dalam sebuah parit sedalam 7 kaki di satu persimpangan jalan raya dekat sebuah bandar di Brazil.

Pemandu kereta yang bimbang telah turun melihat ke dalam lubang dan tanpa berlengah serta tidak putus asa dengan rasa tanggungjawab terus meminta pertolongan.

Facebook

Nasib baik seorang lelaki berbaju kuning yang berjiwa berani, terus bergegas ke dalam saliran parit itu tanpa ragu-ragu lalu memutuskan untuk turun menyelamatkannya.

Namun kini, terdapat pula satu masalah pada ketika lelaki itu tidak dapat mengeluarkan mangsa dengan segera. Wanita itu telah serius tercedera dan saluran parit terlalu sempit untuk penyelamat membawanya keluar.

Facebook

Oleh itu, pemerhati lain yang kebetulan melalui jalan itu kini segera memikirkan apa yang harus mereka lakukan sekarang.

Dengan hanya menarik mangsa yang cedera keluar secara keras bukan pilihan yang tepat kerana ia boleh memburukkan lagi kecederaannya.

Facebook

Ketika lebih ramai orang berkumpul di sekitar saliran parit itu, salah seorang daripada mereka membuat rancangan yang mungkin berfungsi.

Idea ini memerlukan banyak usaha dan kerjasama, maka dengan gandingan bahu beberapa orang lagi yang lebih ramai datang bergegas ke tempat kejadian untuk bersedia membantu apa yang perlu.

Facebook

Rancangannya adalah untuk mengalihkan blok konkrit laluan pejalan kaki dan mudah-mudahan membuat saliran parit lebih mudah dimasuki.

Lelaki berbaju kuning bersama mangsa telah tersekat selama beberapa minit sekarang dan mereka masih tidak dapat keluar dari parit itu.

Facebook

Apa yang mengagumkan, kesemua orang ini enggan berputus asa dan terus berusaha tanpa berlengah.

Bersama-sama berganding bahu, akhirnya mereka dapat mengangkat konkrit laluan pejalan kaki dan mengalihkannya sehingga dapat menyelamatkan seorang wanita yang mengalami kecederaan serius.

Facebook

Setelah beberapa minit berada di dalam saliran parit, wanita itu akhirnya dapat dikeluarkan dengan selamat dan segera dikejarkan ke hospital berhampiran.

Facebook

Detik cemas itu dirakam lensa kamera keselamatan yang diletakkan berhampiran persimpangan jalan raya tersebut.

Walaupun ia satu kemalangan yang serius, sikap masyarakat prihatin dan segera membantu mangsa di bandar ini wajar diberi pujian.

Facebook

Sangat indah dapat melihat orang tidak dikenali berkumpul dan berganding bahu untuk menyelamatkan orang lain yang menjadi mangsa kemalangan dengan segera, maka inilah rupa sebenar wira sejati.

Tonton video di bawah:

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular