Bagi kebanyakan orang, kemalangan kecil yang berlaku yang melibatkan pelanggaran daripada pengguna jalan raya lain dengan kenderaan kita akan menyebabkan berlakunya pergaduhan yang kadang-kala boleh menjadi lebih besar.

Bagaimanapun, hal yang sebaliknya pula berlaku kepada seorang ‘hero’ yang dikatakan bukan sahaja membantu mangsa kemalangan yang melanggar kenderaannya, malah turut memberi rawatan kecemasan kepada mangsa pula.

Arman Irman/Facebook

Menurut perkongsian oleh Arman Irman di laman Facebooknya pada 1 September lalu, insiden pelanggaran kecil ini berlaku pada 31 Ogos ketika Leftenan Hishamuddin Salleh, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam, yang membawa kereta sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Bagaimanapun, keretanya telah dilanggar oleh sebiji motosikal dengan dua orang penunggang sehingga menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal berkenaan tercedera.

Arman Irman/Facebook

Tetapi yang membezakan kemalangan ini dengan kemalangan lain adalah apabila Leftenan Hishamuddin memutuskan untuk memberi bantuan kecemasan sebaik sahaja keluar dari keretanya dan melihat keadaan mangsa.

Arman Irman/Facebook

Arman Irman/Facebook

“Dia (Leftenan Hishamuddin) menyalakan tanda kecemasan pada keretanya, (kemudian) dia menolong sepasang penunggang (motosikal) itu bergerak ke bahu jalan, dia buka tempat meletak barang di keretanya, mengambil alatan perubatan dan memberi bantuan rawatan awal kecemasan,” tulis Arman menceritakan semula situasi yang berlaku pada waktu itu.

“(Leftenan Hishamuddin) merawat dengan sepenuh hati dan (rasa) empati,” tambahnya lagi.

Arman Irman/Facebook

Kemudian, selepas memberikan rawatan awal kecemasan dan memastikan mangsa yang tercedera sudah dalam keadaan yang baik, Leftenan Hishamuddin seterusnya membenarkan kedua orang mangsa bergerak menuju ke klinik untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

“Kamu adalah adiwira sebenar untuk saya.

“Dari lubuk hati saya, saya hormati kamu,” tulis Arman dengan rasa bangga.

Arman Irman/Facebook

Sememangnya tindakan Leftenan Hishamuddin ini adalah tindakan yang sangat wajar dilakukan dan perlu dicontohi ramai. Dan, seperti Arman juga, dia juga mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai sifat ehsan sebegini.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah pun meraih sehingga 156 reaksi, 40 perkongsian dan 30 komen daripada warganet yang jelas berasa bangga dengan tindakan murni dan ikhlas Hishamuddin.

Arman Irman/Facebook

Arman Irman/Facebook

Menerusi kiriman yang sama, Leftenan Hishamuddin juga dilihat meninggalkan komen yang turut memberi penghargaan kepada Arman Irman, yang sama-sama membantunya dan beberapa lagi penunggang motosikal lain yang turut melintasi lokasi yang sama.

Arman Irman/Facebook

Terima kasih kerana telah memberi peringatan kepada rakyat Malaysia untuk kekal hidup dalam keamanan, Leftenan Hishamuddin!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular