Apabila melihat seekor anak kucing yang baru dilahirkan, kematian ibunya telah buatkan hati Melissa kasihan dan tahu bahawa anak kucing itu perlu diselamatkan. Ketika ditemukan anak kucing itu, Jenny dikatakan berada di tepi jalan dan akan mati tanpa penjagaan daripada ibunya. Ibu anak kucing itu dikatakan telah mati ketika melahirkan anaknya dan ketika Jenny dilahirkan dia hanya seberat 82 gram.

Melissa merupakan seorang sukarelawan yang menjaga haiwan. Haiwan pertama yang dijaga ialah seekor kucing yang sedang hamil dan kini sudah selamat melahirkan anak-anaknya yang sihat. Memandangkan anak kucing yang kematian ibu tiada keluarga, jadi Melissa memutuskan untuk membawa Jenny pulang dan diletakkan bersama dengan kucing peliharaanya di rumah.

Memandangkan Jenny mengalami tekanan dan masalah kesihatan ketika dilahirkan, pada tubuhnya keluar bulu-bulu putih (fever coat) dan keadaan ini menunjukkan bahawa dia perlu mendapatkan penjagaan. Oleh sebab itu, Melissa telah memberikan minuman kepada Jenny setiap jam dan membiarkannya tidur di tempat yang hangat.

Hanya selepas tiga hari berat Jenny bertambah dan menjadi 100 gram dan Jenny sudah boleh berinteraksi dengan anak-anak kucing lain. Mereka bahkan boleh minum bersama-sama.

Ibu kucing juga sangat mudah menerima Jenny bahkan dia turut menyusui Jenny dan membiarkannya bermain bersama dengan anak-anaknya yang lain. Dengan perhatian dan penjagaan yang diberikan kepadanya, berat badan Jenny terus bertambah. Bulu-bulu putih pada tubuhnya juga mulai bertukar menjadi warna aslinya.

Pada usia Jenny empat minggu dia mula belajar makan sendiri seperti kucing dewasa. Jenny juga dilihat sangat rapat dengan ‘kakak angkatnya’, Jasmine dan sering bermain dan bergaduh bersama.

Walaupun Jenny lebih muda daripada kucing lain dia tetap aktif mengikut ke mana sahaja adik-beradiknya pergi. Apa yang melucukan Jenny hanya akan berbunyi apabila dia tidak melihat Melissa atau adik-beradiknya yang lain.

Bayangkan daripada beratnya yang hanya 82 gram kini dia membesar dengan baik sekali. Melissa berharap agar Jenny terus membesar dengan sihat dan dia percaya Jenny akan menjadi seekor kucing yang sangat comel!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular