Anjing sememangnya spesies haiwan peliharaan paling bijak dan boleh diharap dalam apa juga bidang termasuk dalam bidang pertanian.

Ketika anjing ini memerhatikan tuannya berkebun, dia dengan tekun menunggu saatnya yang paling sesuai untuk menggali lubang di atas tanah. 

Facebook

Secara pantas dan efisen anjing ini dengan dedikasinya mahu menolong pemilik kesayangan menanam bunga di kebun.

George Constantinople dari California yang berusia 40-an adalah pemilik anjing baka Golden Retriever bernama Georgia dalam video ini dan dia mula berjinak-jinak dalam dunia pertanian dan kini gemar berkebun.

Facebook

Kali ini George menerima bantuan yang amat diperlukan bagi memudahkan kerjanya kerana anjing peliharaannya yang bijak mengikuti perkembangannya bercucuk tanam pada setiap langkah dan setiap hari.

Facebook

Tanpa disuruh, anjing pintar Georgia menggali lubang di hadapan pemiliknya, yang sedang menanam bunga.

Dan Georgia berasa sangat puas hati apabila dapat melihat tuannya mudah bekerja tanpa perlu mengeluarkan tenaga yang banyak ketika berkebun.

Facebook

Lihat bagaimana pemilik dan anjing kesayangannya bekerjasama ketika berkebun dan ia akan mengukir senyuman menawan di wajah anda.

Tonton video di bawah:

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular