Kadangkala gelagat haiwan mampu memberi kita petunjuk untuk menjadi manusia lebih baik dengan menunjukkan tingkah laku atau sikap menghormati orang lain dengan selayaknya, lalu membuat hati terasa dihargai.

Cara yang tepat untuk menyambut dan menyapa seorang wanita atau orang lain yang lebih tua dipamerkan oleh seekor singa jantan di Black Jaguar-White Tiger Foundation di Mexico City ketika dia berhadapan dengan rakan anjingnya yang bernama Camila.

The Pet Collective/Facebook

Seekor singa bernama Miki menghidupkan pesona gagah perkasa raja rimba dan haiwan budiman dengan rakan anjingnya daripada spesies labrador coklat bernama Camila.

Ketika Camila mendekatinya buat seketika, tiba-tiba Miki datang menyapa. Tanpa disangka singa ini mendapatkan kaki rakan anjingnya itu tanda seperti mahu bersalaman.

The Pet Collective/Facebook

Miki menjadi contoh sempurna tentang bagaimana menjadi seorang lelaki budiman untuk ditunjukkan kepada manusia, apabila dia mendekati Camila lantas mencapai lembut kaki kanan anjing itu dan memberinya ciuman.

The Pet Collective/Facebook

Babak pertemuan dua rakan karib berlainan spesies ketika menyapa satu sama lain dalam suasana mendamaikan dan menyentuh hati, apatah lagi Miki itu seekor singa yang semestinya akan membangkitkan rasa gerun atau gementar buat spesies haiwan lain.

Namun si anjing Camila tahu benar bahawa Miki mempunyai hati yang sangat lembut dan dia tidak mempunyai rasa apa-apa melainkan kasih sayang, menoleh ke belakang dan berlalu pergi, hanya seketika untuk mempamerkan momen tidak disangka itu.

The Pet Collective/Facebook

Camila dan Miki yang tetap berkawan rapat kerana mereka secara hakikatnya tidak dapat dipisahkan serta memahami perasaan antara satu sama lain.

Tonton video di bawah:

The Pet Collective/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular