Selebriti Hollywood terkenal, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson menerusi laman sosialnya pada hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah disahkan positif Covid-19 dan kini telah pulih sepenuhnya.

Selain The Rock, isterinya Lauren Hashian bersama dua orang anaknya juga dilaporkan positif Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock) on

therock/Instagram

“Saya, isteri dan dua orang anak telah diuji positif Covid-19. Ini merupakan salah satu perkara yang paling mencabar dan sukar untuk dihadapi oleh kami sebagai sebuah keluarga,” ujarnya dalam kiriman video di laman Instagram miliknya.

Menerusi kiriman video yang berdurasi 11 minit 35 saat itu, The Rock juga memaklumkan bahawa beliau dan keluarganya telah disahkan positif virus berkenaan kira-kira dua ke tiga minggu yang lalu dan kini telah pulih sepenuhnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock) on

therock/Instagram

“Saya juga gembira untuk mengumumkan bahawa kami sekeluarga telah pulih sepenuhnya. Kami tidak lagi dijangkiti (Covid-19) dan kami sihat. Syukur kepada Tuhan.”

Menerusi kiriman yang dimuat naik pada pagi 3 September itu, The Rock juga sempat menasihatkan semua peminatnya untuk sentiasa menjaga diri dan kesihatan masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock) on

therock/Instagram

“Kekal berdisiplin, tingkatkan sistem imun badan anda, sentiasa beri komitmen untuk kesejahteraan, gunakan pelitup muka anda, lindungi keluarga anda, bertegas dengan tetamu yang datang ke rumah anda atau majlis, kekal positif dan saling menjaga sesama sendiri,” memetik kapsyen kirimannya itu.

Dan akhir sekali, The Rock sekali lagi menekankan para peminatnya untuk terus menjaga kesihatan. “Kekal sihat, rakan-rakanku,” tulisnya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular