Baru-baru ini tular beberapa gambar di laman sosial dalam akaun kelab kucing Thailand yang dimuat naik oleh kalangan netizen yang berkongsi idea bernas mereka menyediakan katil untuk kucing.

Gambar itu menunjukkan pemilik kucing yang kreatif menggunakan rak plastik tiga tingkat di rumahnya sebagai tempat tidur untuk haiwan kesayangannya itu. 

Dalam gambar itu, kain hangat dan selimut dihamparkan di setiap tingkat rak. Tiga ekor kucing tidur dengan nyenyak di tingkat pertama, kedua dan ketiga.

Kucing yang tidak merungut dengan bunyi mengiau kerana mereka tidur nyenyak dan selesa dengan wajah manis dan comelnya di atas katil tiga tingkat!

Kini katil untuk kucing menjadi salah satu trend buat mereka yang memelihara banyak kucing di rumah atau pemilik rumah perlindungan dan pemeliharaan haiwan untuk membeli katil tambahan atau bertingkat untuk kucing.

Sekiranya anda terlalu malas untuk membuat sendiri katil untuk kucing di rumah atau si comel anda amat cerewet dan pemilih katil elegan, disarankan agar anda dapat membeli katil mini pasang siap yang boleh didapati di kedai perabot atau di laman beli-belah dalam talian.

Seekor kucing sahaja akan miliki hak mutlak katil ini. Sudah tentu dia pun mahu ada dan bermain patung lembut di sebelahnya.

Kalau dia yang besar itu sahaja yang muat, cadangkan biarkan dia tidur sendiri di atas katil itu!

Sekiranya anda memiliki kucing lebih daripada seekor, boleh buatkan katil 2 tingkat seperti ini.

Eh! Yang ini si bulldog pun hendak tumpang semangkuk kah?

Pasangan kucing dua sejoli boleh buatkan katil berkembar seperti ini, terasa kehangatannya…

Empat katil akan segera menjadi asrama pelajar!

Ini sengaja untuk menyatakan berapa rendahnya status mereka…

Sebaik sahaja kucing-kucing ini berbaring di atas katil, dia kelihatan seperti bayi yang sangat comel. Tetapi harus diingat, dalam keseronokan anda membesarkan kucing dengan menghasilkan idea kreatif dan bernas seperti ini, kebanyakan kucing mempunyai kebiasaan mengenali tempat tidurnya, dan suka tidur di tempat yang penuh dengan bau mereka sendiri.

Tempat tidur baru ini mungkin membuat mereka berasa tidak selamat dan kurang selesa. Sekiranya kucing anda tidak menyukainya, jangan terlalu memaksa mereka. Lagipun, tidak ramai tuan yang sukakan kucing mereka tidur di atas rak katil tiga tingkat seperti di Thailand itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular