Datuk atau nenek anda biasanya tidak akan berhenti memikirkan anda, walaupun mereka berada sangat jauh untuk selalu dapat memeluk anda.

Nenek ini contohnya melakukan apa yang dia biasa lakukan setiap hari dengan kamera-kamera ini, supaya cucu perempuannya bernama Fangfang yang bekerja di luar negara dapat melihat aktiviti rutinnya.

SCMP/Facebook

Nenek menunjukkan bunga cantik yang baru dipetiknya.

SCMP/Facebook

Hasil tanaman yang telah masak sudah boleh dipetik dari kebunnya.

SCMP/Facebook

Dan pakaian barunya yang bergaya.

SCMP/Facebook

Nenek selalu kelihatan gembira dan bangga selepas setiap kali kemas kini rutin harian itu yang dirakam dalam video melalui beberapa kamera.

SCMP/Facebook

Nenek berusia 71 tahun ini akan bangun pada waktu pagi dan bersenam sambil meregangkan otot sendi dan dia berjalan keluar dari rumah untuk menghirup udara segar, menikmati persekitaran kampung yang lebih baik dan nyaman.

SCMP/Facebook

Keluarga nenek memasang kamera untuk mengawasinya, kerana selalunya dia tinggal sendirian, walaupun kadangkala dia berteman.

SCMP/Facebook

Sejak itu, kamera-kamera ini menjadi ‘live stream’ buatnya untuk dipertontonkan kepada ahli keluarga terutama buat tontonan istimewa cucu perempuan kesayangan, Fangfang.

SCMP/Facebook

“Ketika saya sangat sibuk dan tidak bercakap dengan nenek selama beberapa hari, dan saya melihat kamera, saya dapat melihat harapan untuk mendapat tindak balas dan kekecewaan di wajahnya,” kata Fangfang.

SCMP/Facebook

Fangfang bekerja di Finland. Setiap pagi sebelum pergi bekerja, dia akan menghabiskan masa selama beberapa minit untuk bercakap dengan neneknya.

Setiap kali dia membuka aplikasi rakaman video itu, neneknya pasti telah bersedia berada di sana.

SCMP/Facebook

Fangfang telah meminta neneknya supaya tidak menunggunya di hadapan kamera.

SCMP/Facebook

Tetapi neneknya berkata, dia tidak mahu keluarganya berasa bimbang dan perlu maklum untuk mengetahui perkembanganya yang baik di kampung, di samping mereka dapat melihatnya pada setiap saat.

Tonton video di bawah:

SCMP/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular