KUALA LUMPUR – Individu yang mahu melanjutkan bantuan pembayaran balik pembiayaan digesa untuk memberi maklum balas atau mengunjungi bank masing-masing untuk mengesahkan lanjutan moratorium.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, langkah itu juga adalah penting untuk mengelakkan rekod kredit mereka bertukar buruk selepas bulan September ini.

“Hasil pertemuan saya dengan wakil-wakil bank tempoh hari, saya dimaklumkan bahawa pihak bank sudah bersedia untuk memberi bantuan dan memproses permohonan orang ramai”.

Walau bagaimanapun, beliau berkata tindak balas daripada individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkaitan dengan lanjutan moratorium setakat ini masih lagi kurang.

Mohd Shahar menyuarakan kebimbangannya jika orang ramai dan PKS menunggu di saat akhir untuk memulakan rundingan dan memohon bantuan bayaran balik pembiayaan daripada bank.

Bernama

Beliau turut mengingatkan individu dan PKS terbabit bahawa pihak bank memerlukan tempoh satu hingga lima hari untuk memproses permohonan untuk individu.

Manakala bagi permohonan PKS pula, ia memerlukan tempoh sekitar tiga hingga dua minggu. Kebanyakan bank menurutnya telah melaksanakan program lanjutan moratorium bersasar.

Selain itu daripada itu, pihak bank juga banyak menawarkan kaedah pembayaran balik pembiayaan secara fleksibel mulai 7 Ogos yang lalu.

Setakat 21 Ogos, pihak bank telah menghubungi sebanyak 1,015,848 peminjam – 908,773 individu, 94,685 PKS dan 12,390 syarikat.

@shaharabdllh/Twitter

Ia termasuk juga dengan peniagaan korporat serta komersial bagi menawarkan bantuan pembayaran balik pembiayaan tersebut.

Bermula 7 Ogos, sebanyak 139,424 bantuan bayaran balik pembiayaan untuk individu telah diterima dengan sejumlah 109,172 daripadanya telah mendapat kelulusan.

Bagi PKS dan juga usahawan mikro pula, sebanyak 5,017 permohonan diterima, di mana 4,300 daripadanya telah diluluskan pihak bank.

Beliau turut meminta peminjam untuk tidak berasa bimbang kerana fleksibiliti yang diberikan sepanjang tempoh ini tidak akan dipaparkan dalam laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular