Apa agaknya perasaan anda jika mendapati keadaan kereta anda tidak sama sekembalinya anda ke tempat letak kereta? Panik? Geram? Marah?

Sudah tentu perasaan anda bercampur baur, bukan? Samalah seperti kes yang berlaku menerusi satu video yang tular di laman Twitter ini.

Menerusi akaun @rempitlogic, kita dapat saksikan bagaimana pemilik kereta kembali semula keretanya dan mendapati terdapat nota yang disertakan sekali bersama coklat.

@rempitlogic/Twitter

“Maaf atas kerosakan pada kereta kamu. Tidak mampu untuk menggantikannya namun ini ada coklat”, tulis nota daripada individu yang bertanggungjawab menyebabkan kerosakan.

Menurut perakam ataupun mangsa, dia pergi ke kedai sebentar dan meletakkan keretanya di tempat letak kereta itu dan berasa agak terkejut melihat keadaan keretanya selepas itu.

Jelas kelihatan kerosakan dan kemek yang agak teruk juga pada kereta wanita tersebut. Kasihannya namun dia sama sekali tidak melenting mahupun marah-marah.

@rempitlogic/Twitter

Sebaliknya, dia menyukai pemberian ataupun ‘ganti rugi’ dua keping coklat berkenaan walhal kos pembaikan keretanya sudah pasti agak mahal juga.

Video berdurasi 14 saat tersebut sudah mendapat tontonan lebih 140,000 kali dan mengundang pelbagai reaksi, antaranya :

Betul ke coklat sudah cukup untuk menghiburkan hati yang lara?

@rempitlogic/Twitter

Ada juga pengguna yang marah..

@rempitlogic/Twitter

@rempitlogic/Twitter

Ada juga yang suruh kasi mi segera

@rempitlogic/Twitter

Bertabahlah ya. Apa pula tindakan anda jika berhadapan dengan situasi berkenaan? Mampukah bertenang seperti wanita ini?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular