Bagi mana-mana atlet, gimnasium misalnya sering kali dianggap sebagai ‘rumah’ kedua mereka memandangkan banyak aktiviti dilakukan di sana.

Tetapi lama kelamaan ianya pasti agak membosankan juga, bukan? Mana tidaknya, asyik bersenam di gim sahaja.

Oleh itu, kaedah berlari di dalam air atau ‘deep water running’ kini sering menjadi pilihan untuk membina kekuatan, kepantasan, keseimbangan dan fleksibiliti.

Ia merupakan latihan silang tanpa beban berat untuk meningkatkan kelajuan, stamina dan kekuatan teras tubuh. Ia juga mencegah kecederaan dan membantu proses pemulihan.

Ini kerana air akan memberikan ketahanan dalam membantu untuk mengendurkan otot ketika digunakan, misalnya bahagian pergelangan kaki.

Selain daripada itu, aktiviti larian di dalam air juga berupaya mengelakkan tekanan berlebihan di bahagian pinggul, lutut dan punggung.

Keapungan air akan mengurangkan kesan pada tubuh sebanyak 90%. Ini bermakna senaman dapat dilakukan tanpa tekanan yang kuat pada sendi, tulang dan juga tisu tubuh.

Jadi jika anda inginkan menguatkan stamina tatkala tubuh masih lagi dalam proses pemulihan, kaedah senaman ini adalah yang paling baik untuk anda.

Jika anda mungkin tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa larian di dalam air ini, tonton video di bawah :

Menarik juga, bukan?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular