Berkhidmat sebagai posmen semestinya perlukan pengorbanan yang besar. Hal ini kerana posmen bertanggungjawab untuk menghantar surat-surat dan bungkusan yang penting untuk semua pelanggannya yang tertunggu-tunggu.

Bagaimanapun, dua keping gambar seorang posmen yang sudah basah lencun kerana hujan lebat telah memberi kesedaran dan keinsafan untuk ramai warganet.

爆廢公社/Facebook

Menerusi gambar yang pertama ini, dapat dilihat bahawa seorang posmen yang menaiki motosikal ini memutuskan untuk berhenti berdekatan sebuah premis untuk menutup bakul surat yang dibawa di atas motosikalnya.

Apa yang menyentuh hati orang ramai adalah apabila posmen itu hanya menutup bakul tersebut dengan sehelai baju hujan, dan memutuskan untuk membiarkan dirinya dibasahi hujan yang sangat lebat. Mungkin padanya, apa yang lebih penting adalah surat-surat untuk semua pelanggannya.

Mulia sungguh hati posmen ini…

爆廢公社/Facebook

Seterusnya, dapat dilihat bahawa posmen yang sama terus menunggang motosikalnya untuk menyelesaikan tugasnya pada hari itu. Dan dalam masa yang sama, masih lagi membiarkan dirinya basah lencun dibasahi hujan lebat sementara baju hujan yang dimiliki diletakkan di atas bakul surat untuk memastikan agar surat-surat pelanggannya kekal utuh dan tidak rosak.

Pengorbanan posmen yang berjaya dirakamkan ini semestinya telah membuatkan ramai warganet berasa terharu dan sebak.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun menarik perhatian ramai warganet sehingga meraih lebih dari 3,500 reaksi dan 83 komen daripada warganet.

爆廢公社/Facebook

Terima kasih posmen, diharapkan anda kekal selamat walau dimana pun anda berada!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular