Seorang gadis berusia 11 tahun di Thailand dilaporkan meninggal dunia selepas diberi suntikan vaksin kanser servik semasa di sekolah.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh ibu mangsa, Surapot Sukkha di laman Facebok peribadi miliknya pada 30 0gos lalu.

Jelas Surapot, anaknya itu ke sekolah dalam keadaan dirinya yang demam. Pada hari berkenaan, semua murid perlu diberikan suntikan vaksin kanser servik.

Suhu badan mangsa walau bagaimanapun tidak diperiksa terlebih dahulu oleh doktor yang bertugas dan terus bertindak menyuntik mangsa.

“Anak saya alami sakit pada bahagian dada – dada berasa sempit disebabkan oleh otot jantung yang tidak menerima oksigen dalam darah yang mencukupi”.

“Dia muntah dan kemudian meninggal dunia. Dia tidak ada penyakit lain dan sihat sahaja sebelum ini”, jelas ibu mangsa.

Situasi dan tahap kesihatan mangsa sebelum diberi suntikan menjadi tanda tanya. Mengapa para petugas perubatan pada ketika itu tidak memeriksa keadaan murid terlebih dahulu?

Difahamkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Thailand melaksanakan dasar pemberian vaksin untuk kanser servik secara meluas kepada semua murid darjah lima.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular