Kehidupan di jalanan buat haiwan misalnya kucing bukanlah sesuatu yang mudah. Itulah yang dialami oleh seekor kucing comel bernama Dot.

Kehidupannya penuh dengan tragedi semenjak dirinya dilanggar oleh kereta yang hanya membiarkannya mengalami derita.

Malang buat kucing itu, Dot kemudiannya dibawa ke lokasi menempatkan haiwan yang sedang menunggu ajal pada tahun 2018.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dot & Fosters (@dottheoddcat) on

Memandangkan Dot adalah kucing dewasa yang berumur 10 tahun, peluang Dot untuk diselamatkan agak tipis.

Akibat dilanggar kereta, Dot mengalami patah pada tulang pinggulnya dan Dot terpaksa ditempatkan ke lokasi tersebut kerana tiada siapa yang mahu membelanya.

Namun situasi itu dengan pantas diketahui oleh pengasas The Odd Cat Sanctuary, Tara Kawczynski yang juga merupakan seorang juruteknik veterinar yang menjalankan pembedahan.

The Odd Cat Sanctuary

Dia kerap mengikuti kes haiwan yang sedang ‘menunggu’ mati dan banyak membantu menyelamatkan kucing.

Dot walau bagaimanapun hanya diberi masa selama 12 jam sahaja untuk hidup sebelum ditamatkan riwayatnya.

Melihat wajah Dot dan mengetahui kisahnya, Tara serta merta tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu kucing malang tersebut.

Tara kemudian membawa Dot ke rumahnya, di mana kucing itu diletakkan di dalam sangkar dan diberi ubat. Ketika itu, berat badan Dot agak kurang dan kelihatan tidak bermaya.

Dot juga agak takut dengan manusia. Tetapi dengan memandangnya sahaja, kita dapat tahu bahawa semangat Dot untuk terus hidup agak kuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dot & Fosters (@dottheoddcat) on

Dot juga difahamkan membuang air kecil di atas katil milik Tara namun ia tidak sesekali membuatkan Tara berasa menyesal membantunya.

Untuk tempoh 2 bulan, Dot perlahan-lahan mula pulih di rumah Tara. Tidak lama kemudian, Dot memberikan satu kejutan yang begitu bermakna ketika sesi imbasan x-ray.

Dot difahamkan bunting ketika dilanggar dan perubahan pada tubuhnya hanya mula dapat disaksikan selepas lebih kurang dua bulan.

Sebaik sahaja keadaan Dot mula stabil, kucing itu kemudiannya diserahkan kepada ibu angkat barunya, Donna.

The Odd Cat Sanctuary

Selepas dua bulan, Donna sedar bahawa kucingnya itu kelihatan sedikit berisi terutamanya pada bahagian perut.

Mungkin banyakk makan agaknya. Ketika sesi pemeriksaan kesihatan, akhirnya imbasan x-ray menunjukkan anak-anak Dot pada perutnya!

Semuanya berjumlah 10 ekor! Lebih kurang 7 minggu selepas itu, Dot mula hampir untuk melahirkan anak-anaknya.

Oleh kerana faktor umur dan juga kecederaan pada pinggulnya, proses kelahiran Dot agak berisiko tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dot & Fosters (@dottheoddcat) on

Seorang lagi individu yang pakar, Sandra Elizabeth segera menghulurkan bantuan, memandangkan kepakarannya terhadap kucing yang bunting.

“Tatkala kami tahu Dot bunting, Dot berada dalam ketakutan. Dot cuba untuk menjadikan dirinya tidak disukai – mendesis, bersikap garang dan mengelakkan diri didekati”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dot & Fosters (@dottheoddcat) on

Sewaktu dalam proses melahirkan, salah seekor anaknya difahamkan tersekat dan Dot segera dikejarkan untuk menjalani pembedahan kecemasan.

Pada saat-saat kritikal, kesepuluh anak Dot masih lagi tidak berjaya dibawa keluar namun pasukan perubatan tidak mudah mengalah.

The Odd Cat Sanctuary

Sehinggalah lapan ekor daripada anaknya berjaya dibawa keluar ke dunia dan malangnya dua ekor lagi tidak dapat diselamatkan.

Akhirnya Dot dan anak-anaknya berjaya diselamatkan dan kini anak-anaknya hidup dalam keadaan yang sihat.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dot & Fosters (@dottheoddcat) on

Setelah beberapa ketika, anak-anak Dot diberikan kepada individu yang berminat mahu membelanya.

Transformasi hidup Dot daripada duka bertukar menjadi bahagia dan paling penting, Dot kini lebih mempercayai manusia.

Lihatlah Dot bermanja dengan tuannya di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dot & Fosters (@dottheoddcat) on

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular