Melihat produk atau jenama tempatan di luar negara sudah pasti mengujakan kita, di samping turut membuatkan kita berasa bangga, bukan?

Satu rakaman di laman YouTube mula mendapat perhatian warganet apabila memperlihatkan beberapa kereta mewah yang ditempatkan di dalam sebuah garaj terbiar di Surrey, United Kingdom.

Dan lebih mengujakan apabila terdapat sebuah kereta Proton Perdana generasi kedua yang turut berada di situ. Bagaimana agaknya ia ada di situ ya?

Penemuan tersebut dilakukan oleh sekumpulan individu di UK yang kemudiannya memuat naik rakaman mereka itu ke saluran YouTube mereka, Lost Adventures.

Lost Adventures/YouTube

Selain daripada kereta itu, terdapat beberapa lagi kereta mewah termasuklah jenis Bentley yang dibiarkan mereput begitu sahaja dan beberapa kereta sport dan klasik yang lain.

Ia membuatkan ramai rakyat Malaysia yang berasa teruja lalu meninggalkan komen. “Bagaimana ia boleh berada di situ, sedangkan ia tidak pernah dijual di luar negara?”, soal seorang pengguna.

Lost Adventures/YouTube

Seorang lagi pengguna mengatakan bahawa kereta dengan nombor pendaftaran VK 5321 itu adalah kepunyaan Tun Dr Mahathir

Lost Adventures/YouTube

Lost Adventures/YouTube

Tidak dapat dipastikan pula sejauh mana kebenaran maklumat yang dikongsikan oleh para pengguna yang meninggalkan komen pada video terbabit.

Apa yang pasti, siapa sahaja yang memiliki kereta dan garaj berkenaan terbukti tidak lagi menggunakan kenderaan tersebut memandangkan keadaan kereta yang dipenuhi habuk.

Lost Adventures/YouTube

Namun berdasarkan papan tanda, logo dan penutup kereta serta bangunan itu dirasakan dimiliki oleh Bristol Cars – syarikat kereta mewah yang menghasilkan kenderaan berskala kecil.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular