Watak Pikachu yang berasal daripada siri Pokémon sememangnya adalah salah satu kegemaran ramai terutamanya bagi kanak-kanak yang membesar pada tahun 90-an.

Selain daripada rupa watak Pikachu yang comel, Pikachu juga mempunyai kuasa yang luar biasa dan berperwatakan menarik.

Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka, seekor Pikachu yang sangat comel telah ‘muncul’ di negara jiran kita apabila seekor kucing dengan bulu berwarna kuning tiba-tiba menjadi bualan ramai warganet.

Facebook

Comel betul!

Kucing berkenaan, Kapuang, sebenarnya mempunyai bulu berwarna putih sepenuhnya. Bagaimanapun, selepas Kapuang mendapat penyakit kulit yang menyebabkan bulunya keguguran, pemilik Kapuang telah memutuskan untuk menyapu serbuk kunyit pada bulu Kapuang.

Facebook

Serbuk kunyit, seperti yang kita sedia maklum, adalah salah satu sumber alam semulajadi yang penuh dengan antioksidan dan mampu merawat penyakit kulit, termasuklah untuk kegunaan haiwan.

Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka, bulu Kapuang kekal berwarna kuning walaupun selepas pemiliknya membasuh serbuk kunyit itu dan memandikan Kapuang. Hal ini seterusnya menjadikan Kapuang kelihatan 100 kali lebih comel dari biasa!

Facebook

Facebook

Ini bukan gurauan atau usikan, tetapi memang benar-benar terjadi!

Lihatlah perbezaan rupa Kapuang, kucing ini memang kelihatan lebih comel dengan warna kuning ini! Bulunya pula nampak lebih gebu!

Facebook

Kerana rupa Kapuang kini saling tidak tumpah kelihatan seperti Pikachu, orang ramai mula menyunting gambarnya untuk menjadi lebih mirip dengan watak Pikachu!

Facebook

Facebook

Walaupun perubahan ini memang tidak dapat dinafikan amat comel, tetapi syukurlah, penyakit kulit yang dialami oleh Kapuang kini semakin pulih dek kerana usaha pemilik Kapuang itu.

Facebook

Tetapi, ini tidak mengehadkan pemiliknya untuk merakamkan sebanyak mungkin momen luar biasa untuk tatapan masa akan datang!

Facebook

Orang ramai bagaimanapun tidak perlu berasa bimbang kerana warna kuning pada bulu Kapuang ini akan semakin pudar dari hari ke hari. Serbuk kunyit yang digunakan juga adalah bahan semulajadi jadi tiada apa yang perlu dirisaukan jika haiwan kesayangan menjilatnya.

Yang penting, masalah kulit haiwan kesayangan kini semakin pulih dan mereka juga kelihatan sangat comel!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular