Pertemuan dengan haiwan liar terutamanya haiwan di laut sememangnya bergantung kepada nasib yang baik.

Hal ini kerana untuk pengunjung biasa, peluang untuk bertemu secara ’empat mata’ dengan haiwan sebegini sememangnya satu peluang yang sangat jarang berlaku kepada orang lain.

Apatah lagi apabila pertemuan sebegitu sempat dirakam di dalam telefon bimbit.

Cool FM/Facebook

Begitulah yang dialami oleh sebuah keluarga Iris yang dirakam bertemu dengan seekor ikan paus minke yang secara tiba-tiba muncul di permukaan air laut yang tenang di perairan Castletownbere, Ireland.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Di permulaan video, keluarga yang sedang menaiki bot laju itu dirakam sedang berhenti di tengah lautan untuk melihat burung-burung yang berterbangan berdekatan permukaan air.

Cool FM/Facebook

Bagaimanapun tanpa disangka-sangka, pada saat ke 0:11 video, seekor ikan paus minke tiba-tiba muncul dan secara tidak langsung membuatkan seluruh ahli keluarga itu menjerit keseronokan dan teruja.

Ikan paus itu bagaimanapun tidak memunculkan diri dalam masa yang lama. Cukup selama empat saat kemudian, ikan paus itu kembali menyelam ke dalam laut dan meninggalkan semua ahli keluarga itu dalam keadaan yang terpana dan masih berasa tidak percaya.

Cool FM/Facebook

Cool FM/Facebook

Mereka memang sangat beruntung!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video berdurasi 0:33 yang telah dimuat naik pada petang 21 Ogos oleh laman Facebook Cool FM ini telah pun meraih sehingga lebih dari 24,000 reaksi, lebih dari 15,000 perkongsian dan lebih dari 8,300 komen dari warganet yang jelas turut berkongsi teruja dengan keluarga bertuah ini.

Cool FM/Facebook

“Luar biasa. Pengalaman yang hebat untuk semua yang berada di dalam bot. Dapat melihat ikan paus dalam habitat asalnya adalah pengalaman yang hebat.”

Cool FM/Facebook

“Pengalaman yang sangat hebat setiap kali saya berkesempatan untuk melihat haiwan yang besar sebegini dengan dekat dan jauh di kawasan asalnya.”

Cool FM/Facebook

Sememangnya pengalaman disapa oleh ikan paus ini bukanlah suatu perkara yang biasa dan kami pasti seluruh ahli keluarga yang bertuah ini tidak akan dapat melupakan momen indah ini sampai bila-bila pun!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular