Bersedia ataupun tidak, jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa kita sangka. Apa yang kita boleh lakukan adalah sentiasa berwaspada sahaja.

1 September lalu, tular di laman Facebook 我是新山人 I Love JB akan sebuah rakaman yang menunjukkan kejadian ragut.

Pada mulanya mangsa yang merupakan seorang wanita dengan beg silangnya berjalan melintas jalan di hadapan kedai.

我是新山人 I Love JB/Facebook

Pada ketika itu, satu motosikal dilihat melalui mangsa sebelum suspek kemudian dilihat berpatah balik lalu meragut beg mangsa.

Suspek dilihat jatuh namun berjaya bangun dan naik semula motosikalnya sebelum muncul seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru yang berlari lalu menendang suspek.

我是新山人 I Love JB/Facebook

Sepakan itu menyebabkan suspek kemudiannya jatuh semula. Beberapa saat kemudian, muncul beberapa lagi individu yang dilihat memukul suspek.

Tindakan pantas anggota penguatkuasa yang sedang bertugas itu ternyata membuatkan suspek berjaya ditangkap. Jika tidak, mungkin suspek berjaya meloloskan diri.

我是新山人 I Love JB/Facebook

Berikutan dengan kejadian itu, kita semua harus sentiasa beringat untuk mementingkan aspek keselamatan melebihi segalanya.

Waspada dengan persekitaran terutamanya jika anda berada di luar berseorangan. Banyak-banyakkanlah berdoa agar perkara sebegini dijauhkan.

Saksikan kejadian penuh menerusi video di bawah :

我是新山人 I Love JB/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular