Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui aktiviti yang dilakukan, bahkan ketika bermain. Oleh itu, jangan haling jika mereka mahu bermain.

Menyedari akan hakikat itu, seorang lelaki memutuskan untuk melakukan sesuatu yang bermakna terhadap seorang kanak-kanak yang dilihat sering bermain basikal di hadapan rumahnya.

CanyonChasers/YouTube

Lelaki berkenaan difahamkan sering mendapat notifikasi menerusi kamera litar tertutup (CCTV) apabila budak lelaki tersebut bermain di laluan masuk rumahnya.

Penduduk di bandar Salt Lake, Utah, Amerika Syarikat itu akhirnya muncul dengan idea menarik – melukis trek untuk kanak-kanak itu bermain basikal menggunakan kapur tulis.

CanyonChasers/YouTube

“Sesuatu perlu dilakukan”, kata lelaki itu menerusi satu rakaman mengenai tindakannya melukis jalan untuk digunakan kanak-kanak terbabit di laman YouTube.

Selesai sahaja melukis, budak lelaki tersebut dilihat agak terkejut pada mulanya dan selepas itu, dia menggunakan trek berkenaan dengan basikalnya berulang kali.

Difahamkan juga lelaki tersebut akan melukis kembali trek lumba itu sekiranya ia pudar dan hilang ekoran hari hujan.

CanyonChasers/YouTube

Menariknya, bukan setakat budak lelaki itu sahaja yang menggunakan trek berkenaan bahkan pejalan kaki yang melalui kawasan rumah itu turut seronok menggunakannnya!

Mungkin tindakan itu tidaklah seberapa namun ia sudah pasti menggembirakan hari kanak-kanak tersebut dan juga buat penduduk di sekitarnya, lebih-lebih lagi ketika pandemik yang mencabar ini.

Saksikan video penuh di bawah :

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular