Sejak perintah berkurung dikuatkuasakan berikutan wabak pneumonia Wuhan (Virus PKC) di seluruh China, Chang Xiuhua, seorang pengamal Falun Gong di daerah Huanan, Jiamusi, Heilongjiang, dipantau oleh Polis Keselamatan Negara di rumahnya selama 24 jam.

Pada 18 Julai, pengamal Falun Gong Liu Shuzhi dari bandar Jilin, wilayah Jilin diculik di rumahnya. Polis memberi alasan, “Ini adalah arahan dari pihak berkuasa wilayah” dan “Arahan dari orang atasan, anda tidak boleh dibebaskan walaupun meninggal dunia”. 

Kes di atas hanyalah kes terpencil. Ketika wabak virus PKC terus tersebar dari bulan Januari hingga Jun tahun ini, sekurang-kurangnya 5,000 pengamal Falun Gong telah ditangkap, diculik dan diganggu oleh Parti Komunis China. Di kalangan mereka, 39 orang telah meninggal dunia akibat penganiayaan (antara 15 mangsa meninggal dunia ketika di dalam penjara dan tempat lain), 132 orang telah ditahan dan disabitkan secara salah.

NTD

Pada bulan Julai, sekurang-kurangnya 1,410 pengamal Falun Gong telah diculik dan diganggu, 28 dihukum secara salah tanpa menurut undang-undang, dan sekurang-kurangnya dua lagi telah diseksa sehingga mati.

Penculikan, penangkapan, gangguan ke atas pengamal Falun Gong di seluruh negara.

Pada 20 April, Biro Keselamatan Awam daerah Jiaokou di wilayah Shanxi telah dikerahkan secara seragam dengan briged keselamatan negara dan balai polis daerah yang mengambil tindakan bersama, yang dibahagikan kepada empat atau lima orang sekumpulan, dan mereka melakukan penggeledahan haram terhadap pengamal Falun Gong di seluruh daerah. Polis Keselamatan Negara dikatakan telah mengatur dan mengarahkan serbuan, geledahan dan tangkapan dilaksanakan.

Sejak bulan Julai, pihak berkuasa Jiansanjiang di Heilongjiang telah mengarahkan pihak jawatankuasa penduduk dan polis untuk mengganggu kediaman pengamal Falun Gong secara besar-besaran. Pasukan polis dalam tiga atau empat anggota menemui pengamal Falun Gong dan mengugut dengan mengatakan Falun Gong harus segera ‘dibersihkan’. 

Pihak berkuasa juga mengumumkan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa penduduk bahawa penduduk bersekongkol akan dibuang kerja sekiranya mereka tidak ‘mengubah’ kepercayaan ibu bapa mereka pada akhir bulan Ogos.

Pada 10 dan 11 Julai, suruhanjaya politik dan undang-undang tempatan bersama biro keselamatan awam daerah Dalian, Liaoning telah menculik 30 pengamal Falun Gong dan keluarga mereka.

Pada 15 dan 16 Julai di Changchun, Jilin dilaporkan bahawa di bawah arahan Jawatankuasa Politik dan Undang-Undang dan Pejabat 610, Biro Keselamatan Awam Daerah Nong’an telah menculik lebih daripada 50 orang pengamal Falun Gong.

Pada 18 Julai di Yanbian, Wilayah Jilin, lebih daripada 10 pengamal Falun Gong termasuk di Pu Jinzi, Bandar Longjing, Yanbian telah diculik.

Pada 19 dan 21 Julai di Beijing. Xu Na dan lebih daripada 10 orang pengamal Falun Gong telah diculik.

Pada 22 Julai, 25 orang pengamal Falun Gong di Daerah Hengshan, Bandar Jixi, Wilayah Heilongjiang telah diculik, digeledah, diganggu serta ditakut-takutkan.

Sejak bulan Mac hingga Julai di Chengdu, Sichuan, di bawah arahan Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Undang-Undang serta Pejabat 610, ramai pengamal Falun Gong di Daerah Xindu, Chengdu telah diganggu.

Pada 15 Ogos di Bandar Fuxin, Wilayah Liaoning, seramai lapan orang pengamal Falun Gong termasuk Zhao Cairong telah diculik. Dilaporkan bahawa kamera pengawasan telah dipasang di depan rumah Qi Yurong sejak dua bulan yang lalu.

Banyak kes penculikan seperti ini telah dilaporkan.

Jawatankuasa Hal Ehwal Politik dan Undang-Undang Parti Komunis China, Pasukan 610 dan Undang-Undang Pendakwa Raya.

Pada 22 Julai 2020 kira-kira jam 4 pagi, Pasukan ‘610’ dalam Jawatankuasa Perbandaran dan Perundangan Gaomi, Shandong dan Biro Keselamatan Awam Bandar Gaomi telah menculik 46 pengamal Falun Gong di bandar itu atas nama Jawatankuasa Hal Ehwal Politik dan Perundangan Wilayah Shandong atas alasan untuk ‘mengusir kejahatan’.

Operasi digelar ‘mengusir kejahatan’ bermula pada tahun 2018, dan pihak berkuasa mengatakan tempoh sahnya adalah selama tiga tahun. Atas nama jawatankuasa politik dan undang-undang di banyak wilayah di China, Pejabat 610 dan Undang-Undang Pendakwa Raya telah menganiaya pengamal Falun Gong secara agresif, dan ia berlanjutan sehingga ke hari ini.

Dalam beberapa bulan terakhir, Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Undang-Undang PKC telah menguatkuasakan tindakan dengan apa yang digelar sebagai ‘tindakan pembasmian’ terhadap para pengamal Falun Gong di seluruh negara, memaksa para pengamal Falun Gong yang belum menandatangani kenyataan untuk menghentikan amalan mereka.

Jawatankuasa Politik dan Perundangan Jinan, Pejabat 610, dan balai polis di wilayah Shandong mengganggu para pengamal Falun Gong. Balai polis di Jinan menerima arahan bertulis daripada pihak atasan yang meminta gangguan dan penganiayaan terhadap para pengamal Falun Gong di wilayah mereka. Dokumen yang mengandungi senarai nama individu yang mengamalkan Falun Dafa sebelum 20 Julai 1999 ketika PKC secara rasmi memerintahkan penganiayaan terhadap Falun Gong bermula dari tarikh ini.

Di samping itu, Jabatan Keselamatan Awam Shandong Parti Komunis China, Jabatan Keselamatan Awam Hainan, Pejabat 610 Anhui Huangshan dan jabatan lain baru-baru ini mengerahkan tindakan khas untuk menindas dan memaksa kenyataan menjelaskan kebenaran dibuat oleh para pengamal Falun Gong menurut undang-undang.

Notis yang dikeluarkan menyatakan bahawa ‘laporan bonus’ yang berbeza-beza itu sehingga melibatkan bayaran 100,000 yuan, yang menghasut ‘semua orang untuk turut serta’. Skop ‘laporan’ itu merangkumi kenyataan penjelasan kebenaran di televisyen dan radio, dan penjelasan fakta dan kebenaran melalui internet dan media cetak.

 

Peguam: PKC di pinggir kematian. Kesemua kes Falun Gong adalah kes difitnah

Peguam dari New York, Ye Ning, baru-baru ini mengatakan bahawa dia sangat marah terhadap tindakan PKC yang berterusan menekan para pengamal Falun Gong yang menjelaskan kebenaran dengan berkata, “Sampai bila mereka masih mahu menganiaya Falun Gong, tindakan sesat Parti Komunis. Ini adalah perjuangan berterusan membuat dirinya (PKC) nazak.”

“Dari pembunuhan besar-besaran dan membasmi Falun Gong secara besar-besaran di negara itu sejak 21 tahun yang lalu sehingga kini, para pengamal Falun Gong belum dapat dihapuskan. Ini menunjukkan bahawa kejahatan tidak mampu menekan kebenaran,” tambah Ye Ning.

Ye Ning mengatakan bahawa usaha pengamal Falun Gong dalam kegiatan anti-penganiayaan telah mewujudkan rujukan kes untuk menentang komunisme.

“Sejak penubuhan komunisme pada tahun 1917, rejim totalitarianisme ini telah merebak di seluruh dunia. Di bawah sistem totalitarian, tidak pernah muncul gerakan penentangan besar-besaran yang semacam tiada kekalahan, tidak dapat dihancurkan, dan menjadi lebih berani dengan tumpahan darah.” kata Ye Ning.

Tambah Ye Ning lagi, “Rasanya pada hari ini hanya terdapat Falun Gong yang berani menentang pemerintahan diktator PKC. Kelompok yang baik dan terhormat seperti ini yang dikatakan dapat menjadi tulang belakang warga China. Pada masa paling gelap, ia telah memancarkan kilauan hati nurani manusia.”

“Di antara kebanyakan orang yang ramai, sekumpulan wakil manusia paling suci, berani dan terbaik telah muncul,” kata peguam ini.

Chen Jiangang, seorang sarjana pelawat di Sekolah Undang-Undang, Universiti Washington, yang juga bekas peguam hak asasi manusia di China, berkata bukan sahaja kes Falun Gong di China merupakan kes yang tidak adil kerana pengamal Falun Gong jelas tidak melanggar undang-undang di China.

Malahan tiada perundangan di China atau justifikasi tafsiran kehakiman yang mengklasifikasikan Falun Gong sebagai satu bentuk pemujaan. Penganiayaan terhadap Falun Gong adalah satu penindasan politik kerana parti komunis ingin menindas kumpulan ini secara kejam.

 

Memberi harapan di tengah pandemik. Dianiaya di China, mendapat kepujian di luar negara

Pada masa ini, penyelidikan saintifik yang relevan telah membuktikan bahawa perkataan benar Falun Gong iaitu “Falun Dafa Baik! Sejati, Baik, Sabar Baik!” memberi kesan ajaib terhadap rawatan dan penyembuhan Virus PKC.

Dong Yuhong, seorang pakar virologi China di Eropah, mengumpulkan 36 kes pesakit pneumonia Wuhan yang sembuh dan dilaporkan dari 1 Januari hingga 31 Mei 2020, membuat analisa dan menyusun kajian klinikal mengenai kebenaran prinsip Falun Gong dalam laporannya.

Laporan itu mendapati bahawa keseluruhan takat penyembuhan simptom daripada 36 pesakit ini adalah 100%. Antaranya, 26 kes (72%) pulih dari gejala, dan 10 kes (28%) bertambah baik. 10 daripada 11 pesakit parah telah pulih dan 1 bertambah baik. 3 kes pesakit parah yang ditempatkan di ICU, 2 kes pulih sepenuhnya, dan 1 kes bertambah baik.

Pengamal Falun Gong di China memberitahu orang ramai bahawa ini adalah amalan dan cara yang baik untuk menjauhkan diri dari wabak, malangnya mereka telah dianiaya oleh pihak berkuasa PKC.

Berbeza dengan penganiayaan secara berterusan di China, para pengamal Falun Gong di luar negara mendapat pujian dari kerajaan tempatan dan masyarakat luar semasa pandemik.

Pengamal Falun Gong, Wang Chunrong | The Epoch Times

Baru-baru ini, Wang Chunrong, seorang pengamal Falun Gong yang menetap di Amerika Syarikat, menerima pujian dari Majlis Daerah Montgomery di Maryland dan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan aktifnya kepada komuniti Cina di Montgomery selama lapan tahun kebelakangan, terutamanya semasa pandemik Virus PKC yang telah menyebabkan gangguan kehidupan semua orang di Montgomery.

Wang Chunrong yang berasal dari China itu memberikan penjagaan dan bantuan potongan rambut secara percuma dan sukarela kepada komuniti, memandu warga emas berusia 90 tahun ke atas dan membantu mereka membeli-belah, juga bantuan kepada lebih daripada 100 ahli lain yang berpaling tadah dari PKC dalam organisasi berkaitan.

 

Lebih daripada 40 pengamal Falun Gong diseksa sehingga meninggal dunia ketika pandemik.

Senarai kematian yang dilaporkan dalam Minghui.net pada tahun ini telah bertambah kepada 40 nama.

Li Guirong, 78 tahun adalah bekas pengetua Sekolah Dasar Hezuojie di Daerah Dadong, Bandar Shenyang, Wilayah Liaoning. Setelah berlatih Falun Gong, sikapnya yang bertimbang rasa terhadap orang lain sangat dihormati sahabat dan rakan sekerja. Dia juga dihargai oleh para pemimpin dan rakan sekerja dengan mendapat penghormatan ‘Sepuluh Pengetua Terbaik Daerah’. Pada awal tahun 2007, Li Guirong telah dijatuhkan hukuman 7 tahun penjara secara tidak sah. Pada bulan Februari 2015, Li diculik sekali lagi dan kemudian dihukum 5 tahun penjara secara tidak sah. Pada pertengahan Januari 2020, Li diseksa dan meninggal dunia di Hospital Penjara Wanita Wilayah Liaoning.

Pengamal Falun Gong, Hu Lin | The Epoch Times

Hu Lin, 48 tahun merupakan bekas jurutera di Institut Penyelidikan Pesawat Shenyang yang berkelulusan dalam bidang Aeronautik dan Astronautik dari Universiti Beijing. Kerana kegigihannya mengamalkan Falun Gong, Hu Lin telah berulang kali diculik, ditahan secara haram, menjalani kelas pendidikan semula secara salah dalam kem tahanan buruh, dipukul dengan teruk, digantung dengan tali pinggang pengikat dan direnjat baton elektrik, mengalami gangguan tidur dan diperhambakan. Pada 16 Februari 2020, Hu Lin diseksa hingga mati di Penjara Kangjiashan, Shenyang.

Han Yuqin, 68 tahun, seorang penduduk Daerah Fengrun, Bandar Tangshan, Wilayah Hebei. Dia mula berlatih Falun Gong pada tahun 1995, dia mempunyai kesabaran yang baik, bertahan melalui kesukaran dan bekerja keras tanpa mengeluh dan kesihatannya semakin sihat. Pada 18 Jun kira-kira jam 4 pagi, Biro Keselamatan Awam Daerah Fengrun dan balai polis Bandar Tangshan menghantar sekumpulan pegawai polis ke kediaman lebih 30 pengamal Falun Gong di daerah itu untuk menculik, menggeledah secara haram, dan menakut-nakutkan mereka. Han Yuqin diculik dan dibawa ke Balai Polis Jalan Duanming pada hari itu, dan dia telah diseksa sehingga mati.

Dari bulan Januari hingga Julai tahun ini, sekurang-kurangnya 41 pengamal Falun Gong dianiaya hingga mati oleh PKC, dan pada bulan Ogos, senarai kematian terus meningkat.

Pengamal Falun Gong Wang Fengchen yang merupakan seorang guru sekolah cemerlang dan pengamal Falun Gong di Daerah Lindian, Bandar Daqing telah dihukum empat tahun penjara secara sia-sia. Dia dianiaya di Penjara Hulan dan mengalami simptom tumor yang serius, muntah darah yang banyak dan mengalami sesak nafas. Dia meninggal dunia secara tidak adil pada 9 Ogos.

 

Dunia antarabangsa memuji Falun Gong dan mengecam penganiayaan PKC.

Masyarakat antarabangsa menyatakan secara tegas untuk menyokong Falun Gong dan terus memberi kecaman ke atas penganiayaan kejam oleh PKC.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Epoch Times (@epochtimes) on

Pada 2 April, Duta Besar Kebebasan Beragama Jabatan Luar Negera Amerika Syarikat, Sam Brownback meminta PKC untuk membebaskan semua tahanan hati nurani dan agama, termasuk pengamal Falun Gong, semasa pandemik Virus PKC.

Sempena Hari Falun Dafa Sedunia pada 13 Mei, lebih 200 ahli politik seluruh dunia dari Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia, Hong Kong, Taiwan dan negara lain mengucapkan Hari Falun Dafa Sedunia melalui pujian, ucapan selamat, wawancara dan mengucapkan tahniah sempena ulang tahun ke-28 Falun Gong dan ulang tahun kelahiran pengasasnya, Li Hongzhi.

Ahli Kongres Brian Fitzpatrick meminta dua bendera Amerika Syarikat dikibarkan di Capitol Amerika Syarikat pada 13 Mei yang kemudian disampaikan kepada Persatuan Falun Dafa Philadelphia sebagai tanda memberi pujian dan penghormatan kepada pengasas Falun Gong Li Hongzhi.

Falun Dafa telah tersebar ke lebih dari 100 negara dan wilayah di seluruh dunia, dan karya utamanya ‘Zhuan Falun’ telah diterjemahkan ke dalam lebih 40 bahasa. Sehingga kini, Falun Gong dan pengasasnya telah menerima lebih daripada 5,000 anugerah, cadangan sokongan dan surat sokongan daripada masyarakat antarabangsa.

Pada 20 Julai 2020, sempena ulang tahun ke-21 anti-penganiayaan Falun Gong, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo mengeluarkan kenyataan rasmi yang menuntut agar PKC menghentikan penganiayaan ke atas Falun Gong. 

Kenyataan yang berbunyi, “Penganiayaan selama 21 tahun terhadap pengamal Falun Gong telah berlangsung terlalu lama dan mesti dihentikan.”

Pada hari yang sama, Penolong Setiausaha Negara untuk Hak Asasi Manusia, Demokrasi dan Hal Ehwal Buruh di Jabatan Negara Amerika Syarikat, Robert Destro juga bertemu dengan lima wakil pengamal Falun Gong dalam satu mesyuarat di Jabatan Negara. Duta Besar Kebebasan Beragama, Sam Brownback turut menghadiri mesyuarat itu melalui telefon.

Di samping itu, 643 ahli politik dari 32 negara menandatangani kenyataan bersama yang meminta PKC untuk segera menghentikan penganiayaan secara sistematik dan kejam terhadap pengamal Falun Gong selama 21 tahun.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular