Cuti hujung minggu yang panjang baru-baru ini sempena Hari Kemerdekaan menyaksikan aliran trafik yang agak sesak lebih-lebih lagi di lebuh raya besar.

Maka banyak jugalah insiden di jalan raya yang berlaku, seperti satu rakaman yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Ia memperlihatkan pergerakan sebuah kereta yang dilihat memasuki lorong kecemasan secara tiba-tiba untuk mengelakkan kesesakan.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Video itu dikongsikan oleh akaun Info Roadblock JPJ/POLIS di laman Facebook menerusi rakaman kamera papan pemuka kereta yang berada di lokasi kejadian.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Tindakan pemandu kereta tersebut menyebabkan sebuah motosikal daripada arah belakang tidak sempat untuk memberhentikan motosikal lalu melanggar kereta jenis Toyota berkenaan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang menghala ke arah Plaza Tol Gombak pada 31 Ogos lalu, kira-kira jam 3 petang.

Pelanggaran berkenaan menyebabkan mangsa terpelanting dan jatuh daripada motosikal dan nasib baik mereka memakai topi keledar.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Sesuka hati sahaja memasuki lorong kecemasan begitu. Ia jelas menyalahi Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya 1959. Bahkan turut membahayakan nyawa penunggang motosikal terbabit.

Mana-mana pengguna jalan raya yang menyalahgunakan lorong kecemasan boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dan jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular