Sebuah Festival Layang-layang Antarabangsa yang dilangsungkan di Hsinchu, Taiwan yang seharusnya menjadi salah-satu sumber hiburan dan tarikan pelancong secara tiba-tiba menjadi sebuah festival yang mengejutkan apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun telah diterbangkan setinggi 10 meter.

Epochtimes.com/Facebook

Kejadian yang berlaku pada siang hari festival itu ternyata telah mengejutkan ramai pengunjung sebelum mereka beramai-ramai berkumpul untuk membantu menyambut kanak-kanak itu turun dari layang-layang berkenaan.

Epochtimes.com/Facebook

Rakaman video insiden itu bagaimanapun telah menjadi tular dan telah dikirimkan semula oleh laman Epochtimes.com pada petang 30 Ogos dan menjadi tular sehingga meraih lebih dari 2,900 reaksi, lebih dari 1,000 perkongsian dan 206 komen.

Berdasarkan laporan, layang-layang yang sedang dinaikkan ke udara itu secara tidak sengaja telah terikat pada bahagian perut kanak-kanak perempuan itu sebelum kanak-kanak itu telah ‘terbang’ ke udara dan dialun-alunkan dengan layang-layang dengan reka bentuk memanjang itu.

Epochtimes.com/Facebook

Bagaimanapun, selepas kanak-kanak itu selamat diturunkan dengan bantuan orang ramai, festival itu dilaporkan telah diberhentikan seketika bagi memastikan keadaan kembali selamat. Laman Epochtimes turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu tidak mengalami apa-apa kecederaan berat selain lebam dan bengkak di beberapa bahagian tubuhnya.

Epochtimes.com/Facebook

Pemerintah Kota Hsinchu dalam kenyataannya turut mengesahkan bahawa kanak-kanak itu ditemani oleh ibunya telah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans untuk menerima rawatan selanjutnya.

Berikutan insiden ini, Datuk Bandar Hsinchu, Lin Zhijian menerusi kiriman Facebooknya telah mengemukakan permohonan maaf kepada pihak yang terlibat dan masyarakat umum. Menurutnya, insiden seperti ini akan dipastikan tidak berlaku lagi dan pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan untuk melakukan kajian menyeluruh.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular