PUTRAJAYA – Kemungkinan pertambahan kes COVID-19 daripada luar negara terutamanya ketika musim sejuk, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan dalam keadaan yang bersiap siaga.

Ia melibatkan tempoh empat bulan akan datang, di mana musim sejuk melanda kebanyakan kawasan di luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, walaupun jangkitan dalam negara masih terkawal, namun pemantauan kes COVID-19 di beberapa buah negara kini menunjukkan peningkatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah/Facebook

Trend peningkatan tersebut berlaku seiring dengan penurunan suhu di negara-negara seperti India, Korea Selatan, Jepun, Sepanyol dan Perancis.

“Jadi kebimbangan kita ialah apabila (tiba) musim sejuk. Kes akan bertambah dan kita perlu membuat kesiapsiagaan”, kata beliau selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2020.

Tambah beliau lagi, virus COVID-19 didapati telah pun bermutasi dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Gambar Hiasan/Facebook

Dan bagi memastikan penularan terkawal, KKM akan melaksanakan kaedah kesihatan awam yang menuntut orang ramai mematuhi SOP.

Sementara KKM pula bersiap siaga daripada aspek penyediaan kemudahan kesihatan. Katanya, kaedah itu berupaya membantu Malaysia untuk mengenal pasti kluster dengan cepat.

Sungguh pun begitu, kerjasama antara semua lapisan masyarakat ujarnya adalah penting dan perlu diamalkan dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular