Seorang nelayan dari Kanada berasa cukup terkejut setelah menemukan makhluk misteri yang kelihatan sangat aneh ketika dia sedang menangkap ikan baru-baru ini.

Gary Goodyear mendedahkan bahawa dia yang sedang memancing pada pertengahan bulan Ogos lalu telah berjaya menangkap ikan Chimaera berhidung panjang tanpa disangka-sangka.

Kata Gary, jaringnya berada di kedalaman 800 meter ketika anak-anak buahnya menarik jaring tersebut lalu melihat makhluk aneh itu buat pertama kali.

Mereka menarik dan dapat melihatnya dengan jelas. “Ya Tuhan! Apa bendanya ini?”, luah Gary ingin tahu.

Garry Goodyear/Facebook

“Saya tidak pernah melihat makhluk seperti itu sebelum ini. Adakah sesiapa tahu apakah ini?”, tambahnya lagi.

Dengan mata yang besar, bahagian mulut ikan itu juga amat pelik kerana agak panjang – seperti paruh. Kedua sirip di belah kiri dan kanan badannya juga bukan seperti ikan biasa.

Ketika sedang menaikkan ikan itu, Gary mendapati bahawa bahagian tulang belakang ikan itu sebenarnya mempunyai racun.

CBC News/Facebook

Ahli biologi, Carolyn Miri menjelaskan bahawa para akademik masih tidak tahu sepenuhnya tentang kehidupan marin dan tidak tahu asal usul serta apa yang ada di dalamnya.

Namun ikan Chimaera hidung panjang ini adalah ikan laut dalam yang sering ditemui di kedalaman 200 hingga 1,000 kilometer di dasar laut.

Dan ternyata para nelayan ini agak bernasib baik kerana pakar mengatakan bahawa ikan ini sebenarnya mengancam nyawa manusia kerana beracun.

Saksikan video penuh temubual bersama Gary di bawah :

CBC News/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular