Masih ingatkah anda dengan permainan teng-teng atau nama sebenarnya Ketingting? Pasti teringat kenangan sewaktu kecil dahulu, bukan?

Namun bukan kita sahaja yang bermain permainan ini sebenarnya kerana di negara Barat, ia juga agak popular dan kerap dimainkan.

Susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini, seorang gadis nampaknya mahu menghiburkan orang ramai tatkala penutupan banyak bandar.

Micheal Andreas/Facebook

Ia adalah dengan melukis petak permainan berkenaan menggunakan kapur tulis di laluan pejalan kaki yang sudah pastinya dilalui oleh orang ramai.

Lukisan teng-teng itu bukan hanya dilukis untuk mengisi kebosanan namun ia juga menjadi penghubung untuk orang ramai di kejiranan itu selain dapat menghiburkan mereka.

Micheal Andreas/Facebook

Jelas kelihatan pejalan kaki yang tidak putus-putus mencuba bermain, tidak mengira peringkat umur. Muda atau tua, bahkan bersama anjing peliharaan pun ada.

Anda lihatlah sendiri :

Micheal Andreas/Facebook

Tidak kira waktu, siang bahkan malam ada sahaja orang yang meluangkan sedikit masa untuk bermain teng-teng berkenaan. Ia semuanya jelas dapat disaksikan menerusi kamera CCTV.

Dengan adanya teng-teng itu di laluan tersebut, mungkin ia sedikit sebanyak dapat menyenangkan hati individu berkenaan.

Micheal Andreas/Facebook

Ia juga dapat membuatkan orang ramai bergerak dan melompat, maka tidaklah mereka berasa seperti terkurung di rumah sahaja.

Ternyata ia adalah satu idea yang kreatif dan bernas, bukan? Terima kasih kepada gadis itu, tidaklah komuniti di sana berasa bosan ketikan berada dalam tempoh kuarantin.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular