Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga kereta supaya tidak tercalar walau sedikit. Buat mereka yang sememangnya sangat sayang dengan kereta akan sanggup melakukan apa sahaja supaya kereta mereka tidak ‘terluka’. Setiap hari mereka akan memastikan kereta kesayangan mereka dalam keadaan terbaik. Jadi, untuk tujuan itu pelbagai langkah keselamatan diambil supaya tiada walau sedikit calar yang mengenai kereta.

Misalnya pemuda di dalam video ini yang nampaknya mempunya kegigihan dan kesabaran yang luar biasa dalam menjaga keretanya. Apa yang telah dilakukan ialah dia telah membuka ‘bumper’ hadapan keretanya sebelum memandu masuk ke pagar rumah. Hal ini kerana ketinggian keretanya disesuaikan dan mengakibatkan ‘bumper’ tersebut terlalu rendah dan berkemungkinan besar akan terkena pada jalan ketika dia memandu masuk ke perkarangan rumah.

Jadi, untuk mengelakkan ‘bumper’ keretanya rosak dia sanggup menanggalkannya terlebih dahulu dan hanya akan memasangnya semula selepas masuk ke garaj rumah.

Sama jugalah ketika dia hendak keluar. Dia akan menanggalkan ‘bumper’ terlebih dahulu dan meletakkannya di tepi sebelum memandu keluar. Selesai mengeluarkan kereta dari garaj barulah dia memasang semula ‘bumper’ tersebut dan memandu seperti biasa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular