Dengan keadaan klimaks perubahan cuaca yang semakin tidak stabil pada masa ini, banyak syarikat automotif berebut-rebut mencuri peluang untuk menghasilkan produk automotif yang lebih mesra alam dan dalam masa yang sama dapat mengehadkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum.

Susulan itu, pengeluar produk bermotor terkenal Jepun, Yamaha Motor Company Limited dengan kerjasama pereka bentuk Perancis, Maxime Lefebvre, dilaporkan dalam usaha untuk mengembangkan teknologi baharu yang menggunakan air sebagai bahan bakar utama untuk menggerakkan motosikal.

Walaupun motosikal yang dicadangkan ini masih dalam proses pembangunan, namun rekaan 3D prototaipnya sudahpun mula ditularkan di internet dan telah menarik perhatian ramai kerana keunikannya.

Menurut perkongsian oleh laman Haloyouth, model bagi motosikal yang menggunakan air sebagai bahan bakar ini dikenali sebagai Yamaha XT500 H2O Edition yang mengambil inspirasi daripada motosikal keluaran syarikat yang sama pada tahun 1976 iaitu Yamaha XT500.

Berbicara tentang konsep enjin yang bakal dibangunkan bagi model ini, motosikal Yamaha XT500 H2O Edition akan menggunakan pam air yang bertekanan, iaitu rekaan teknologi yang berbeza daripada enjin hibrid yang menggunakan tenaga elektrik.

Enjin yang bakal digunakan dalam teknologi ini memerlukan air sebagai sumber utama untuk dimasukkan ke dalam sistem tekanan tinggi melalui motor dan kuasa yang dihasilkan adalah daripada kaedah semburan. Menariknya, air yang digunakan dalam enjin ini seterusnya boleh dikitar semula kerana sumber air itu masih berada dalam komponen yang sama.

Disamping itu, model ini juga dilaporkan akan mempunyai reka bentuk yang berbeza dari kebanyakan enjin motosikal lain kerana penggunaan sumber tenaganya yang berbeza.

Menurut perkongsian laman Peekme, reka bentuk bagi pembangunan teknologi baharu ini telah dimulakan sejak tahun 2016 lagi dan mengambil masa sehingga 4 tahun untuk mencapai tahap konsep terkini. Untuk pelancarannya pula, syarikat ini menyasarkan pengeluaran motosikal berteknologi tinggi dan mesra alam ini akan mula dikeluarkan pada tahun 2025.

Selain daripada penggunaan sumber tenaga yang lain daripada yang lain, Maxime Lefebvre selaku pereka konsep motosikal ini juga mengatakan bahawa motosikal ini mempunyai prestasi pengendalian yang baik, sistem brek yang hebat, fungsi pecutan yang mengagumkan serta bakal menjanjikan pengalaman tunggangan motosikal yang unggul.

Nampak hebat! Tidak sabar mahu menunggu keluarannya nanti!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular