Bagi adik-beradik, gurauan senda sesama sendiri adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan.

Walau bagaimanapun, untuk abang-abang dan kakak-kakak sulung, ‘acara’ untuk mengusik adik yang lebih kecil semestinya adalah suatu perkara yang menyeronokkan.

Tambahan pula jika adik bongsu itu seorang yang penakut!

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter, @AkmalAbdRazak_ memuat naik video seorang abang yang mengusik adik lelakinya di dalam kereta.

@AkmalAbdRazak_/Twitter

@AkmalAbdRazak_/Twitter

Di permulaan video, dapat dilihat bahawa si adik sedang gembira bermain-main di tempat duduk belakang sebelum si abang yang memandu memutuskan untuk mengusik adiknya.

“Adik, polis dik, polis, polis, polis dik! Depan, cepat, polis!” lakon abangnya sambil menjerit seolah-olah sedang dalam keadaan yang kelam-kabut memanggil adiknya untuk datang duduk di tempat duduk penumpang hadapan dengan cermat.

@AkmalAbdRazak_/Twitter

@AkmalAbdRazak_/Twitter

Dan yang lucunya, adiknya yang ternyata terkejut dengan situasi mengejut itu dengan segera datang ke tempat duduk penumpang hadapan sambil menjerit ketakutan.

“Tolong! Tolong! Cepat!” jerit adiknya yang sangat jelas berasa terlalu takut dengan ‘polis’ yang bakal ‘memarahinya’.

@AkmalAbdRazak_/Twitter

Bukan itu sahaja, sambil menjerit ketakutan, adiknya juga berasa terlalu takut sehingga tidak mampu melakukan apa-apa selain menjerit meminta tolong. Sehinggakan, untuk memasang tali pinggang keledar dengan sendiri pun dia sudah tidak mampu.

Mungkin fikirannya serta-merta menjadi ‘kosong’ kerana terlalu takut!

@AkmalAbdRazak_/Twitter

Walau bagaimanapun, pada saat ke 0:27 video selepas budak lelaki itu selesai memakai tali pinggang keledar, dia dilihat meleretkan matanya ke skrin telefon dan menyedari bahawa dia telah ‘dikenakan’ oleh abangnya.

Serta-merta, abangnya yang nakal itu terus ketawa terbahak-bahak tanda berjaya mengusik adiknya itu. Memang lucu betul!

@AkmalAbdRazak_/Twitter

Kerana rasa geram dan tertipu, budak lelaki yang tanpa disedari telah dipermainkan itu pun menjerit dan mula menangis kerana sudah ditipu oleh abangnya.

Memang comel betul video ini!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah pun meraih sehingga lebih dari 44,200 retweet, lebih dari 40,500 sukaan dan 339 komen daripada warganet yang ternyata berasa sangat terhibur dengan usikan si abang ini.

@AkmalAbdRazak_/Twitter

@AkmalAbdRazak_/Twitter

Lucu memanglah lucu, tetapi diharapkan selepas ini si adik yang comel ini tidak akan mudah terperdaya lagi dengan abangnya yang nakal ini ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular