SUBANG JAYA- SJK (C) Subang mengesahkan bahawa salah seorang pelajarnya telah disahkan menghidap COVID-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

SJK(C) Subang 梳邦华小/Facebook

Menurut laporan China Press, pengerusi sekolah tersebut mengesahkan pelajar tersebut merupakan pelajar tahun dua yang dikatakan telah pergi ke Sarawak sebelum ini dan pulang ke semenanjung pada awal bulan ini.

“Menurut siasatan awal sekolah, pelajar dan keluarganya telah pergi ke Sarawak pada 4 Ogos dan kembali ke Kuala Lumpur pada 17 Ogos,” kata pengerusi sekolah kepada China Press.

Pelajar tersebut dikatakan telah hadir ke sekolah pada 18 hingga 19 Ogos dan 25 hingga 26 Ogos. Dia kemudian tidak hadir pada 27 dan 28 Ogos.

Hal ini telah membuatkan pihak sekolah untuk menghubungi ibu bapanya dan ketika itulah baru mereka tahu bahawa pelajar tersebut menghidap COVID-19.

Ekoran kejadian tersebut pihak sekolah telah mengeluarkan pengumuman kepada kepada semua ibu bapa pelajar sekolah itu untuk memberitahu bahawa sekolah akan melakukan kerja-kerja pembasmian. Walau bagaimanapun orang ramai diminta untuk kekal tenang dengan berita tersebut.

Pihak sekolah dikatakan sedang menunggu arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menentukan sama ada sekolah akan terus dibuka atau ditutup.

Selain itu, semua guru dan pelajar yang berhubung rapat dengan pelajar tersebut perlu diasingkan, bergatung kepada apa yang dikatakan oleh pihak kementerian.

Sekolah itu juga telah memberi cuti khas pada hari Selasa, dan hanya akan dibuka semula pada hari Rabu, 2 September. Ibu bapa juga disarankan untuk menjaga anak-anak di rumah pada cuti hujung minggu dan cuti Hari Kebangsaan begi mengelak daripada berlakunya jangkitan baru.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular