Pengalaman menjadi ibu bapa kepada anak kecil pastinya sebuah pengalaman yang sangat berharga dan manis untuk dilalui.

Setiap hari ada sahaja perkara baru yang dilalui dan dipelajari dalam usaha untuk membesarkan anak kecil. Dalam cabaran itu pastinya terselit momen manis yang akan dikenang selama-lamanya.

Itulah pengalaman seorang bapa kepada anak kecil ini apabila dia telah melakukan sesuatu yang sangat melucukan kepada si kecilnya. Apa yang dilakukan ialah dengan mencipta babak ‘jenayah’ yang melibatkan anak kecilnya.

Facebook

Ideanya muncul apabila melihat anak kecilnya yang comot dengan warna merah setelah menikmati buah naga. Daripada terus membersihkan anak kecilnya yang sudah kotor dengan warna merah, si bapa dari Taiwan itu malah menjadikan anaknya sebagai tempat berlakunya jenayah dengan menggunakan beberapa patung kecil pelbagai watak dan gaya.

Facebook

Tidak hanya itu, anak kecilnya pula dijadikan sebagai ‘mangsa’ dalam kejadian jenayah tersebut. Dengan warna merah buah naga yang seolah-olah darah itu membuatkan babak tersebut menjadi lebih logik.

 Facebook

Facebook

Facebook

Apa yang lebih menariknya susun atur patung-patung tersebut bukan sahaja kreatif tetapi memang kelihatan seolah-olah sedang berada di tempat kejadian sebenar.

Jika ditanya apa beza cara ibu dan bapa menjaga anak kecil, ini mungkin salah satu perbezaannya!

Facebook

Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular