Kata orang malang tidak berbau. Kemalangan boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila masa tanpa dijangka. Tidak kira manusia, mahupun haiwan pastinya sentiasa berada di dalam bahaya walaupun pelbagai langkah berjaga-jaga telah diambil.

Itulah yang berlaku kepada seekor kucing yang sedang hamil apabila kepalanya telah tersekat pada sebuah bekas mentega kacang dan tidak boleh keluar. Keadaan seperti itu pastinya memberi ketidakselesaan kepadanya apabila dia tidak boleh bergerak dan bernafas dengan baik. Tidak hanya itu, jika keadaan berterusan dia mungkin akan mati kerana kekurangan oksigen.

Keadaan yang berlaku di California ini disedari oleh penduduk di sana, Alyssa Cline apabila anak saudaranya memberitahu yang dia menemui seekor kucing di halaman rumah dalam keadaan kepalanya tersekat pada bekas plastik tersebut. Cline kemudian terus menghubungi Pegawai Perkhidmatan Haiwan Riverside County untuk mendapatkan bantuan.

Pegawai tersebut, Carra Mathewson kemudian menggunakan sebuah alat mekanikal untuk mengeluarkan bekas tersebut tanpa mencederakan kucing itu. Malangnya, dia mendapati bahawa kucing itu sudah dipenuhi dengan ulat.  Mathewson kemudian segera membawa kucing tersebut untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor haiwan di San Jacinto Valley. Mereka selepas itu memberi nama Skippy kepada kucing tersebut.

Selepas dibawa berjumpa doktor kesihatan Skippy semakin merosot. Namun begitu, walaupun kesihatannya semakin merosot dia masih mampu dan kuat untuk melahirkan empat ekor anak.

Menurut Dr Sara Strongin kesihatan Skippy terjejas akibat ulat-ulat yang pernah ada pada tubuhnya. Tiada siapa yang tahu sudah berapa lama Skippy berada dalam keadaan seperti itu. Keadaannya sangat teruk sehingga dia tidak mampu untuk menghasilkan susu badan sendiri untuk menyusui anak-anaknya.

Memandangkan keadaanya semakin teruk doktor terpaksa melakukan eutanasia haiwan untuk mematikan Skippy. Skippy akan terus menderita jika dia terus hidup jadi mematikannya adalah satu-satunya cara untuk mengakhiri penderitaannya.

Sementara itu, Brittany Fonseca, koordinator kumpulan penyelamat di tempat perlindungan San Jacinto kemudiannya menghubungi sukarelawan yang bersedia untuk menjaga dengan memberikan susu formula secara berkala.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular