Dua pemuda yang pada awalnya merancang untuk membeli-belah di pasar malam dengan melalui satu jalan yang gelap, menjadi malang tidak berbau apabila ia telah mengakibatkan salah seorang lelaki terjatuh ke dalam parit secara tidak sengaja lalu mencederakan beberapa anggota badannya.

Seorang netizen berkongsi pengalaman ini bersama temannya di laman Facebook dengan tujuan mengingatkan semua penduduk yang tinggal berhampiran kawasan Sungai Chua di Kajang supaya berhati-hati dan memperhatikan jalan yang dilalui sama ada terdapat perangkap di bawah kaki mereka ketika berjalan di laluan yang gelap.

Facebook

Netizen ini menulis, pada hari kejadian dia merancang untuk berjalan ke pasar malam berhampiran dengan temannya untuk pergi membeli-belah.

“Saya terlupa membawa lampu suluh pada hari itu, jalan ke pasar malam Sungai Chua memang selalu gelap,” tulisnya.

Namun ketika kedua-duanya berjalan, tiba-tiba temannya telah menghilangkan diri.

Katanya, dia menjadi gugup pada masa ini dengan berfikir bahawa temannya telah meninggalkannya. Tidak lama kemudian, netizen ini mendengar temannya sedang memaki dari dalam parit, dan dia terkejut apabila menoleh ke belakang dengan melihat temannya telah terjatuh ke dalam parit yang tidak ditutup dengan jaring besi.

Facebook

Parit itu sedalam kira-kira 170 sentimeter dengan lubang luas terbuka ketika dia membuat pemeriksaan visual.

“Pencuri besi yang hebat, pernahkah kamu memikirkan akibatnya kepada orang tua atau anak kecil yang terjatuh ke dalamnya? Bagaimana jika ada kepala yang cedera?” tulisnya.

Facebook

Namun nasib baik, temannya hanya mengalami kecederaan ringan dan beberapa bahagian kulit terluka, yang tidak mengakibatkan tragedi.

Pada waktu yang sama, netizen ini menegur pihak berwajib kerana tidak membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan untuk membaiki parit terbabit pada jangka masa segera kerana ia cukup membahayakan keselamatan orang ramai yang mengunakan laluan jalan kaki di situ.

Facebook

Posting pengalaman malang dua pemuda ini telah mendapat perhatian lebih dari 2,000 netizen yang suka dan 4,000 perkongsian dengan 1,600 memberi komen di Facebook.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular