Kebiasaannya, kita akan temui haiwan yang hidup di laut di lokasi habitatnya. Bagaimanapun, sesuatu yang agak tidak masuk akal telah terjadi di Washington selepas pihak polis negeri berkenaan mendapat laporan tentang seekor singa laut yang tersesat di dalam hutan.

Kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi gambar yang ditemui membuktikan sebaliknya!

Selepas mendapat laporan, pihak polis segera menghantar wakil anggota untuk menyiasat tentang kes yang aneh ini. Dan, nampaknya memang benar, seekor singa laut seberat 270kg telah tersesat di dalam hutan yang terletak di Utara Oregon, iaitu lokasi yang sangat aneh untuk haiwan berhabitat air itu.

Walaupun kawasan itu sememangnya sangat jauh dari kawasan berair, namun singa laut itu dipercayai berasal dari Sungai Cowlitz. Menurut laman Peekme, singa laut itu berkemungkinan besar tersesat selepas melalui saliran air ketika cuba untuk mengejar mangsanya.

Bagaimanapun, malang buat singa laut itu selepas akhirnya singa laut itu sesat di dalam hutan sehingga akhirnya perjalanannya membawa dirinya ke sebatang jalan raya kecil di tepi hutan.

Selepas anggota polis tiba di lokasi, mereka mendapati singa laut itu berada dalam keadaan yang keliru. Mungkin tidak memahami bagaimana dirinya boleh tiba di dalam hutan sebegitu.

Walau bagaimanapun, selepas sukarelawan tempatan dan kumpulan pemelihara haiwan tiba, mereka akhirnya sama-sama membantu membawa singa laut itu pulang ke tempat asalnya.

Pada mulanya, singa laut itu berasa gementar dan ketakutan apabila dibawa di menaiki kenderaan. Singa laut itu tidak henti-henti mengaum. 

Bagaimanapun, sebaik sahaja melihat air apabila tiba di destinasi, singa laut itu kelihatan jauh lebih gembira untuk pulang dengan selamat.

Syukurlah, akhirnya singa laut yang sesat ini selamat tiba di ‘rumahnya’. Ini pasti pengalaman yang luar biasa untuknya, bahkan untuk semua orang yang terlibat dalam misi menyelamat ini!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular