Bagi kebanyakan individu dewasa adalah menjadi perkara biasa apabila kita harus bergelut dengan tanggungjawab kewangan dalam ekonomi semasa dengan mengambil pinjaman ketika membeli rumah atau kereta.

Tetapi bagaimana jika anda dapat membelinya secara tunai dan mengapa pula anda tidak boleh berbuat demikian, setelah wang yang dikumpul sudah mencukupi.

Penyanyi popular Malaysia, Masya Masyitah baru-baru ini berkongsi dengan peminat yang dirinya sudah berjaya membeli sebuah rumah bernilai RM300,000 secara tunai pada tahun lalu ketika usianya baru menjejak 19 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

masyitah_masya/Instagram

Penyanyi kelahiran Kulim, Kedah yang kini berusia 20 tahun itu berkata wang itu diperolehi daripada penglibatan aktifnya dalam karier nyanyian.

“Saya telah menyanyi sejak kecil dan menyertai banyak pertandingan nyanyian. Jadi, saya telah menyimpan wang sejak kecil dan Alhamdulillah, sekarang saya dapat membeli rumah,” katanya.

Mengenai alasan mengapa dia memilih untuk membeli rumah menggunakan wang tunai, Masya menjelaskan membeli rumah secara tunai adalah lebih mudah kerana dia tidak mahu berhutang dengan bank dan membayar faedah.

“Pembelian itu dilakukan secara tunai kerana ia lebih mudah kerana saya tidak perlu terikat dengan bunga atau faedah pinjaman di bank,” katanya kepada media.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

masyitah_masya/Instagram

“Lebih-lebih lagi saya tidak mempunyai pekerjaan tetap yang boleh memberi saya pendapatan bulanan,” tambah Masya.

Masya berkata dia bersyukur memiliki aset seperti rumah dan kereta hasil daripada penyertaan aktif dalam bidang nyanyian selama ini.

Ketika ditanya adakah dia juga membeli kereta secara tunai, Masya menjawab dia mengambil pinjaman bank untuk keretanya.

Mengulas mengenai video di saluran YouTube yang menunjukkan kediaman barunya, Masya berkata dia hanya mahu berkongsi dengan peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

masyitah_masya/Instagram

“Apa yang saya tunjukkan dalam video di YouTube hanya untuk berkongsi dengan peminat yang menyokong saya selama ini. Tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk sama sekali. Namun saya tahu, tidak semua perkara yang dilakukan atau ditunjukkan kepada umum itu akan disukai orang lain. Sudah tentu, ada antara mereka yang akan memberikan komen negatif,” kata Masya.

Masya, yang tinggal di kediamannya di Cheras sejak setahun yang lalu menjelaskan dia membeli kondominium itu untuk memudahkannya bergiat lebih aktif dalam karier nyanyiannya di Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

masyitah_masya/Instagram

Tinggal bersama ibunya sebelum memiliki rumah sendiri, Masya mengatakan dia sangat suka menabung sejak usia kecil. Masya menambah semoga apa yang dilakukannya akan menjadi inspirasi buat generasi muda lain.

Masya Masyitah pernah menjadi juara musim kedua Ceria Popstar di bawah bimbingan Hazama Azmi pada tahun 2014.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular